Thursday, April 26, 2018

Assalam..
.
Apa khabar? Semoga Allah melimpahkan keberkatan kesihatan, rezeki dan masa buat pembaca entri saya pada hari ini.

Ramai yang sibuk nak kurus tapi masih mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat. Dalam proses menurunkan berat badan yang paling penting adalah corak pemakanan dan senaman yang anda amalkan. Nak sihat pastikan jangan amalkan yo-yo diet dan jangan anti-exercise! Tiada short cut untuk kurus.

Memang betul, pola pemakanan sangat penting. Apa yang kita makan akan menjadi sumber tenaga kepada badan kita. Bila lengkap nutrisinya maka sihatlah badan kita. Kalau kurang nutrisinya kita umpama menjemput penyakit hinggap ke badan kita.

So hari ini, saya share dengan anda resepi-resepi smoothie yang sihat untuk dijadikan amalan. Dan tentulah semua smoothie ini boleh juga dibuat menggunakan produk Shaklee iaitu ESP atau CINCH 😉😉😉



















Well.. Enjoy your smoothies. Semua resepi ini saya ambil dari cure joy. Memandangkan saya memang peminat tegar yoga, pillates dan HIIT workout, so sumber inspirasi saya untuk resepi ini kebayakkannya dari website curejoy

Anda boleh modify resepi ini, kalau yang menggunakan soya atau susu itu dengan menggunakan ESP Shaklee macam gambar kat bawah ini Espnya (bagi mereka yang tak tahu lah)


Bagi yang berminat boleh contact saya di nombor yang tertera pada gambar atau boleh terus klik link bawah ini

http://annejasman.wasap.my/

Konsultasi adalah percuma. Selamat mencuba resepi-resepinya. Bye!

Tuesday, November 7, 2017

Assalamualaikum..

Salam sejahtera.

Ok dah lama saya tak menulis tentang pemakanan. Ada beberapa topik penting lagi yang saya nak share tentang seminar kesihatan tentang pemakanan sunnah yang saya hadiri.

Saya kupas satu-satu tentang Prinsip makanan sihat ye.



Sebenarnya prinsip pemakanan sihat amat penting kita tahu dan amalkan. Macam mana yang dipanggil Prinsip makanan sihat?

1. makanan mestilah perlbagai dan tidak fokus hanya pada satu menu sahaja.
2. makanan perlulah seimbang dan besederhana. Makanlah mengikut piramid makanan yang betul dan tepat. Contohnya, susu perlu di ambil 1-3 sajian sehari, sayur perlu di ambil 3 sajian sehari, ikan 1 sajian sehari, buah-buahan 3 sajian sehari. Selain itu, makanan berlemak, bergula dan bergaram tinggi perlu dikurangkan.


Ada beberapa kumpulan pemaknanan yang kita semua tahu.

KUMPULAN 1 = 4-8 sajian
(bijirin, oat, nasi, ubi dan bihun)

berapa banyak kita perlu ambil bagi kumpulan ini?

2 keping roti dikira sebahagi = 1 sajian
1 1/2 cawan bihun dikira sebagai = 1 sajian  (1 mangkuk)
1 cawan nasi dikira sebagai = 1 sajian (2 senduk nasi)
1 cawan bijirin dikira sebagai = 1 sajian (1 mangkuk kecil)
2 biji ubu kentang dikira sebagai = 1 sajian
1 biji kuih goreng dikira sebagai = 1 sajian
1 keping roti canai dikira sebagai = 1 sajian

So macam mana nak kira sajian yang sihat?

sekiranya anda seorang yang sangat aktif (lelaki / perempuan) makannya kalori intake anda mestilah :
< 2500kcal sehari = 8 sajian bagi kumpulan 1 yang boleh anda ambil dalam satu hari

sekiranya anda seorang lelaki yang tidak aktif, makanya kalori intake anda mestilah :
<2000kcal sehari = 6 sajian bagi kumpulan 1 yang boleh anda ambil dalam satu hari

sekiranya anda seorang perempuan yang tidak aktif, makanya kalori intake anda mestilah :
<1500kcal sehari = 4 sajian bagi kumpulan 1 yang anda boleh ambil dalam satu hari.

Bagaimana nak kelasifikasikan anda seorang yang sangat aktif??
- bersenam 5 kali seminggu
- berkerja dalam keadaan anda perlu berdiri dan bergerak sentiasa lebih dari 12 jam
- melakukan aktiviti lasak dan memerlukan tenaga tubuh badan yang lebih untuk melakukan sesuatu tugasan


KUMPULAN 2 = sajian makanan dan buah-buahan

(letak jadual sajian buah-buahan)

1 senduk atau 1/2 cawan sayur-sayuran = 1 sajian
1 biji buah diambil 2 kali sehari = 1 sajian

** bagi penghidap kencing manis, buah-buahan perlu diambil selepas makan.

Pengambilan bagi buah-buahan :

3 ulas durian = 1 sajian
4 ulas nangka = 1 sajian
1 potong tembikai = 1 sajian
1 potong nenas = 1 sajian
1 potong betik = 1 sajian



KUMPULAN 3 = ikan ( 1 sajian sahaja )

Sebarang bentuk ikan dikira sebagai 1 sajian bagi setiap ekor (sekiranya ikan itu bersaiz sederhana) atau satu kelar yang anda ambil bersama nasi.

kenapa perlu ada ikan dalam sajian harian anda??
- kerana ikan mempunyai omega 3 yang mana badan kita tidak menghasilkan omega tersebut. kita perlu mengambilnya dari makanan seharian kita.
- kajian mendapati orang eskimo yang tidak dapat mengambil sayur-sayuran dalam sajian mereka tidak menghidap sakit jantung kerana mereka makan ikan laut dalam yang mempunyai kandungan omega 3 yang sangat tinggi yang boleh mencegah sakit jantung.


KUMPULAN 4 = ayam, daging, telur

Pengambilan sajian kumpulan 4 berbeza bagi lelaki dan perempuan. Pengambilan ayam, daging dan telur hendaklah mengikut ukuran saiz tapak tangan bagi setiap sajian.

bagi perempuan : ayam, daging dan telur hendaklah diambil dalam = 1/2 sajian
bagi lelaki : ayam, daging dan telur hendaklah diambil dalam = 1 sajian

Bagi orang dewasa, protein tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ia akan menambahkan beban kepada buah pinggang.
Pengambilan yang sepatutnya :

daging dengan saiz 2 kotak mancis = 1 sajian
2 biji telur = 1 sajian
2 bungkusan tempe = 1 sajian
2 ketul tauhu = 1 sajian

KUMPULAN : SUSU / TENUSU

Pengambilan kumpulan susu dan tenusu amat berbeza bagi golongan lelaki dan perempuan.

Bagi perempuan : 1 cawan susu rendah lemak (sebelum tidur bagi perempuan)
                              1 cawan yogurt
                              1 keping keju

Bagi lelaki          : pengambilan yang di ambil oleh gologan perempuan perlu digandakan
                             2 cawan susu rendah lemak
                             2 cawan yogurt
                             2 keping keju

KUMPULAN : LEMAK, MINYAK, GULA DAN GARAM



Pengambilan bagi kumpulan makanan ini adalah perlu dikawal kerana pengambilan yang berlebihan makanan dalam kumpulan ini boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi penyakit.

Makanan segera dan terproses seperti nugget, sosej, fish fillet, kentang goreng dan bebola daging adalah antara makanan terproses yang tidak boleh diamalkan pengambilannya terutamanya pada kanak-kanak. Ini kerana makanan segera dan terproses ini mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi di samping bahan pengawet yang boleh memudaratkan.

Minuman berkotak atau kordiel atau bertin juga diantara minuman yang tidak boleh diamalkan pengambilannya. Ini kerana minuman-minuman berikut mengandungi kandungan perisa yang sangat tinggi serta kandungan gula yang sangat tinggi.

Seperti yang diketahui, gula adalah pengawet semulajadi bagi sesuatu makanan dan minuman segera. Disebabkan ada kehadiran gula, maka makanan dan minuman segera dan terproses ini akan tahan lebih lama berbanding makanan dan minuman yang bukan terproses.


Berikut adalah contoh minuman segera dan terproses serta kandungan gula yang terdapat di dalamnya. Rakyat Malaysia di dapati mengambil melebihi 26 sudu gula sehari dan disebabkan pengambilan gula ini yang sangat tinggi inilah penyakit obesiti semakin meningkat di kalanagan masyarakat Malaysia.

So, berapakah sukatan gula yang sepatutnya di ambil dalam sehari??
1 hari kita hanya boleh mengambil sebanyak 2 sudu teh gula sahaja.

Bagi mereka yang gemar mengambil susu pekat di dalam minuman mereka, boleh gantikan susu pekat tersebut dengan susu cair supaya sukatan gula dapat dikawal.

APA TINDAKAN ANDA BAGI MEMASTIKAN KESIHATAN ANDA TERJAGA?

1. Pastikan anda makan mengikut sukatan kelas kumpulan yang telah saya nyatakan di atas.
2. Kira kalori yang anda ambil seharian. Macam mana nak kira? Boleh gunakan aplikasi seperti myfitnesspal atau mynutrisidiari untuk memantau kandungan kalori yang anda ambil seharian.
3. Kawal pengambilan makanan berlemak :
 - kurangkan pengambilan kulit ayam atau kulit daging - pilihlah ayam dan daging tanpa lemak dan tanpa daging. 
 - kurangkan pengambilan susu penuh cream - bertukarlah kepada susu rendah lemak atau skimmed milk
- kurangkan makanan bergoreng - pilihlah makanan kukus, panggang, bakar dan rebus.
- kurangkan pengambilan kentang goreng - bertukarlah kepada sandwich, cream carcker dan buah-buahan.
4. Buat pilihan makanan yang bijak : 
- makan mengikut bilangan kalori yang diperlukan badan
- makanan yang tinggi kalori bolehlah di amalkan sama ada sebulan sekali atau seminggu sekali bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan.
5. Amalkan amalan berikut sebelum makan :
- minum 1 gelas air sebelum makan - ini menjadikan kita mudah kenyang dan tidak akan makan secara berlebihan. Ianya baik untuk mereka yang mahu kurus.
- pastikan anda makan mengikut waktu makan. contohnya jika anda mengambil lunch anda pada pukul 1.00 tengahari, pastikan anda mengambil lunch pada hari berikutnya pada waktu yang sama. Ini kerana jika anda makan tidak mengikut waktu, anda berkemungkinan untuk makan secara berlebihan jika terlepas waktu makan anda. Bagi mereka yang nak kurus, amalan ini adalah tidak digalakkan. Pastikan anda makan 5 kali sehari dengan 2 kali makan berat dan 3 kali makanan yang tidak terlalu berat. 
- ambil satu sehingga satu setengah sajian bijirin sehari
- ambil setengah cawan sayura-sayuran sebelum makan (sayuran daun hijau digalakkan) 
- ambil satu sajian protein semasa makan
- ambil satu sajian buah-buahan sebelum makan tetapi bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis buah-buahan perlu diambil selepas makan.
- pastikan anda mengambil makanan dalam jumlah yang boleh anda habiskan.. bukan ambil makanan setimbun pinggan ye.. lepas tu tak habis.. hihihi..
AMARAN : sekiranya anda pengamal diet atkins, pastikan anda mengamalkan diet tersebut untuk 12 minggu sahaja. Sekiranya anda mengamalkannya lebih daripada 12 minggu dikhuatiri berlaku komplikasi sampingan pada badan anda 
(sumber : Puan Chin Poh Ling, Pegawai Sains Makanan, Klinik Kesihatan Kulai Besar

Monday, September 11, 2017

SAINS vs SUNNAH

Pergi kursus memang seronok, hasil dapatan kursus tu tak sabar nak share.

Macam entry saya kali ni.. Yang part 3 tau sebab memang panjang Pegawai Sains Pemakanan tu terangkan secara terpeinci kenapa perlu kita jaga pemakanan anak-anak kita.

Antara soalan dia yang buat saya terfikir sejenak dan muhasabah diri ialah "kenapa orang Malaysia kini mengamalkan corak pemakanan yang tidak betul?"

Haaaa.. Tu dia.. Takkan saya tak terpikir lansungkan sebab hari-hari saya yang sediakan makan minum anak-anak.

Siap buat checklist lagi masa seminar nak muhasabah balik apa yang saya bagi dia orang makan sampai sekarang ni.

Ye lah, kesannya di masa akan datang kan? Kita nak anak kita jaga kita masa kita tua.. So investmentnya kena mula dari sekarang. Silap invest, nanti kita pula yang jaga mereka di masa tua kita nanti.

Mak saya selalu pesan, jaga anak ni biar kita menangis sekarang jangan menangis di kemudian hari. Tajam tu pesanan mak, tapi saya tetap ingat sampai hari ni!

Okay saya terangkan kenapa orang Malaysia kini mengamalkan cara pemakanan yang tidak betul?

1. tiada kesedaran atau ilmu mengenai amalan pemakanan yang betul


  • kurangnya pendedahan di media massa dan sekolah mengenai amalan pemakanan dan diet yang betul dan sihat. Kalau ada pun jarang-jarang kita jumpa kan? Iklan makanan segera adalah kan? Itu antara masalah badan penyiaran hari ini. 
  • Menurut Pn Chin Poh Ling badan penyiaran sepatutnya memainkan peranan penting dengan mengekang iklan makanan segera dan tidak sihat di kaca tv.
  • Diri sendiri pun kurang nak explore ilmu-ilmu pemakanan sebenarnya. Dah sakit baru sibuk nak kaji pemakanan, masa sihat kita lenjan je apa nak makan kan?
  • So, insiatif tu sangat penting untuk kaji tentang pemakanan harian kita, supaya kita tahu apa yang kita masukkan dalam mulut kita dan pastikan ianya makanan yang sihat.
2. Pengaruh rakan dan keluarga


  •  dalam keluarga corak pemakanan anak-anak dibentuk oleh ibubapa. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk psikologi kanak-kanak terhadap diet pemakanan mereka. Sekiranya terdapat masakan ibu mereka yang kurang enak, bapa seharusnya menegur masakan ibu secara peribadi bagi mengelakkan anak-anak "set" minda mereka pada makanan tersebut sebagai makanan yang tidak sedap untuk mereka makan.
3. makan mengikut hati bukan mengikut akal.


  • orang Malaysia selalunya lebih gemar makan dahulu baru fikir kesannya, berbanding fikir dahulu kesannya baru kawal makan.
  • sikap begini perlu di hapuskan dan merancang apa yang kita akan makan adalah lebih baik dan membantu dalam mengawal pengambilan makanan tidak sihat.
4. tidak fikirkan kesihatan
  • mereka yang makan mengikut hati selalunya tidak memikirkan risiko makanan yang diambil terhadap kesihatan mereka.

  • begitu juga dengan mereka yang sudah di diagnose dengan penyakit kronik, mereka masih mahu mengamalkan pola pemakanan yang biasa mereka amalkan walaupun telah dinasihatkan diet yang perlu mereka ambil bagi mengawal penyakit kronik mereka. 
  • kenapa begini? Ini kerana kesihatan pada mereka datang di tempat kedua.. yang penting makan sedap betul? hihi.. kalau angguk tu maksudnya anda sebahagian dari mereka ini..
5. tiada tindakan


  • tiada tindakan membendung atau mengelakkan penyakit, disebabkan itulah kebanyakan orang Malaysia lebih suka makan dengan pola pemakanan yang tidak sihat.
  • mereka tahu tidak sihat, namun tiada tindakan yang diambil untuk membetulkan cara pemakanan yang tidak betul itu.
6. promosi makanan yang menggoda


  • media massa memainkan peranan dalam mempromosi pelbagai produk  makanan. ada makanan yang sihat dan ada pula makanan yang tidak sihat.
  • Promosi yang menggoda dari media massa sama ada televisyen mahupun surat khabar menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengamalkan diet pemakanan yang tidak sihat.

7. kebolehdapatan makanan
  • Selain itu, faktor kebolehdapatan makanan dengan mudah melalui delivery juga menjadi salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia cenderung memilih cara pemakanan yang tidak betul.
  • Yelah, makanan yang dihantar ke pintu rumah sudah siap hanya tinggal makan sahaja. Tak perlu kerah tenaga nak masak macam zamn dulu-dulu. Semuanya di hujung jari anda!

8. budaya - jenis makanan / pot luck


  • Selain itu budaya dan corak pemakanan orang Asia dan Malaysia khususnya.
  • Sarapan pagi nasi lemak (dah makanan bersantan dah..) tengahari makan nasi berlauk goreng-gorengan, minum petang goreng pisanglah.. Jemput-jemput pusanglah.. Tu belum lagi makan malam.. Ada yang makan malam sama berat macam makan tengahahari.
  • So, budaya sebegini sudah menjadi sebahagian dari hidup kita.
  • Makanan berminyak dan berlemak spt nasi lemak, roti canai, mee goreng, ikan masak lemak cili api dan sebagainya memang makanan yang sedap tapi kalau tidak di kawal kuantitinya pasti akan memudaratkan diri.

9. tiada masa atau tak sempat
  • Oleh kerana rutin harian yang terlalu sibuk, makanan segera menjadi pilihan kerana ia menjimatkan masa.
  • Tak perlu balik kerja nak memasak lagi.. Angkat telefon, buat order dalam 15minit makanan sampai. Mudah kan?
  • Hmmmmm... Memang mudah dalam jangka masa pendek, namun kesannya akan kita rasai 5-10 tahun akan datang sekiranya tiada kesedaran untuk membendung.

10. tidak sayang diri dan orang lain
  • Golongan yang mengambil enteng tetang apa yang mereka makan adalah golongan yang tidak sayang diri dan orang lain menurut pandangan Puan Chin Poh Ling, Pegawai sains Pemakanan Hospital Kulai.
  • Golongan inilah yang apabila di diagnose dengan penyakit kronik akan melahirkan sesalan tak sudah dan mula cuba untuk bertindak mengubah diet mereka untuk membendung penyakit mereka.

11. tidak hargai kurnian tuhan
  • Point ini yang paling terkesan.. Mereka yang tidak mahu menjaga apa yang mereka makan sebenarnya mereka yang tidak menghargai kutnian Tuhan.
  • Betul ke? Nak ikutkan memang betul. ALLAH bagi kita kesihatan sejak dari kita lahir. Yang mengolah corak pemakanan kita adalah ibubapa kita dan diri kita sendiri. 
  • Dari itu, mulalah menghargai kurniaan Tuhan itu sekarang agar tidak menyesal di kemudian hari.

Okay, kita sambung pada entry saya yang berikutnya nanti tentang pelan pemakanan sihat yang patut kita amalkan.

Semoga entry kali ini dapat memberi manfaat pada semua.. 

Wednesday, September 6, 2017

BETUL-BETUL MAKAN vs 
MAKAN BETUL-BETUL (PART 2)

Semakin hari peningkatan populasi pesakit diabetes semakin meningkat. Macam mana kita boleh tahu banyaknya pesakit diabetes zaman sekarang??

Cuba anda semua lihat kawasan sekeliling tempat anda tinggal, ada tak pusat-pusat dialisis yang berhampiran. Kalau tak tahu boleh google dan lihat berapa banyak pusat dialisis yang bagai cendawan tumbuh pada zaman sekarang.

Kalau masa kita kecil-kecil dulu nak cari pusat dialisis punya lah susah. In fact maksud dialisis pun kadang-kadang kita tak tahu. Macam saya ini lah sebab memang tak de keluarga yang mengidap diabetes pada masa tu. Tapi sekarang... berbeza kan?


Cuba lihat graf survey yang dibuat oleh Kementerian kesihatan tu. Purata pengidap penyakit diabetes yang berumur 18 tahun dan ke atas menigkat berbanding pada tahun 1996.
Betul kan? Tahun 1996 tu, saya masih 16 tahun, memang tak pernah dengar dan tak tahu pun tentang dialisis.


Yang atas ini statistik pengidap diabetes mengikut negeri. Lihat purata setiap negeri, banyak kan pengidap penyakit diabetes?



Menurut Puan Chin Poh Ling, Pegawai Sains Pemakanan Hospital Kulai purata pelajar yang obes dan mungkin akan mengidap penyakit diabetes akan semakin meingkat sekiranya tiada kesedaran dari pelbagai pihak. Tiada kesedaran dari segi amalan pemakanan sihat terutamanya. Lihat sahaja statistik populasi pengidap diabetes di Malaysia.


So kenapa pentingnya amalan pemakanan sihat dikalangan kanak-kanak dan remaja?
  • untuk mencegah penyakit obesiti dan penyakit yang berkaitan dengannya seperti penyakit jantung, hipertensi (tekanan darah tinggi), gout, kanser, kencing manis dan osteoperosis.
  • sebab kalau kita cegah dari awal kita dapat cegah semua penyakit yang kat atas tu kan?
Mengapa perlu makan dengan betul?
  • mengikut Puan Chin Poh Ling, pemakanan yang betul adalah satu pelaburan jangka masa panjang.
  • pelaburan yang bijak untuk kesihatan adalah melalui pemakanan yang seimbang.

Untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, kita perlu tahu apa cara yang tidak betul yang telah kita amalkan selama bertahun-tahun.

a) makan tak tentu waktu
  • Oleh kerana terlalu sibuk dengan jadual kerja atau jadual sekolah seharian, kita sering makan tidak mengikut masa. Ada yang makan sehari 3 kali sahaja, sarapan-makan tengahari-makan malam. Ada pula yang terpaksa skip waktu makan dek terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang penting.
  • Bagi pelajar pula ada yang tak makan kerana nak kumpul duit kononnya untuk membeli apa yang mereka mahu seperti hadphone, topup dan sebagainya. Kerana ingin memenuhi keperluan harian yang tidak sepatutnya pelajar atau remaja zaman sekarang rela mengorbankan waktu makan mereka dan duit belanja makan mereka.

  • Pola pemakanan yang tidak menentu dan tidak mengikut masa ini boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti obes, tekanan darah rendah, gastrik dan sebagainya.
b)makan ikut selera / kegemaran
  • golongan mereka yang makan ikut selera atau kegemaran ini kita panggil picky eaters (untuk kanak-kanak). mereka ini adalah golongan yang makan hanya mengikut apa yang mereka rasa sedap di tekak mereka.

  • penah berhadapan dengan kanak-kanak macam ni? hehehe.. saya pernah mengalaminya sebab anak-anak saya memang kesemuanya picky eaters. Ingat lagi piramid pemakanan kanak-kanak yang saya tunjukkan pada artikel sebelum ini?? tahu kan apa yang kanak-kanak paling suka makan?

  • Mereka yang picky eaters ini selalunya akan mengambil satu kumpulan makanan sahaja dan mengambilnya dalam kuantiti yang besar kerana hanya makanan itu sahaja yang dapat membuka selera mereka

c) tak cukup buah dan sayur

  • kebanyakan orang yang obes atau pengidap daibetes kurang mengambil makanan berserat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran.

  • buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kumpulan makanan yang wajib kita ambil setiap hari. 
  • mereka yang kurang mengambil buah-buahan dan sayuran dalam pemakanan mereka selalunya akan mengalami masalah penghadaman dan seterusnya menjurus kepada masalah berat badan yang serius seperti obes.

d) terlalu banyak karbohidrat

  • karbohidrat adalah penting dalam diet harian kita. Namun pengambilan karbohidrat yang berlebihan juga boleh mengakibatkan obes dan diabetes.
  • Karbohidrat terbentuk daripada molekul-molekul ringkas yang dikenali sebagai gula ringkas (simple sugar).


  • Karbohidrat boleh dibahagikan kepada tiga jenis, berdasarkan bilangan gula ringkas yang terdapat didalam molekul:
  1. Monosakarida (monosaccharide) - terdiri daripada lebih daripada satu unit gula ringkas. Contoh: Glukosa, fruktosa, galaktosa.
  2. Disakarida (disaccharide) - terdiri daripada dua unit gula ringkas.Contoh: Laktosa, maltosa, sukrosa.
  3. Polisakarida (polysaccharide) - terdiri daripada banyak unit-unit gula ringkas. Contoh: Kanji, glikogen, selulosa.

  • Fungsi karbohidrat:
  1. Untuk membekalkan tenaga supaya sel-sel badan dapat berfungsi dengan lebih cekap (efficiently). Satu gram (1g) karbohidrat boleh menghasilkan 17 kJ tenaga apabila dioksidakan sepenuhnya (completely oxidised).
  2. Sebagai simpanan makanan (as stored food) pada haiwan sebagai contoh: Glukosa yang berlebihan akan ditukar kepada glikogen untuk disimpan dalam sel-sel haiwan. 
  • Dan glukosa yang berlebihan yang tidak ditukarkan kepada tenaga akan tersimpan di dalam badan dan ditukarkan kepada lemak. 
  • Sekiranya glukosa berlebihan tersimpan dalam badan maka akan berlaku peningkatan gula dalam darah dan juga peningkatan lemak pada badan.
e) suka makanan berlemak / berminyak / bergoreng

  • Menurut Pegawai Sains Pemakanan, Puan Chin Poh Ling, kebanyakan makanan yang dihidangkan kepada pelajar dan juga kita orang dewasa kebanyakkannya makanan yang berlemak atau berminyak atau bergoreng.

  • sebagai contoh makanan yang di jual di kantin-kantin sekolah anak-anak kita. Majoriti makanan yang dihidangkan adalah makana bergoreng betul? Keropok lekor, mee goreng, nasi goreng, roti telur goreng, ayam goreng dan sosej goreng seakan-akan menjadi menu wajib dikantin sekolah.

  • pola pemakanan ini telah menjadi tradisi turun temurun sejak dari kita kecil lagi dan ia telah menjadi budaya pengusaha kantin untuk menghidangkan makanan bergoreng yang kurang berkhasiat kepada pelajar. Dan kesannya majoriti pelajar sejak dari sekolah rendah lagi mengalami masalah obes dan ada yang menghidap diabetes kerana corak pemakanan ini.

f) sukakan makanan segera

  • Mc Donald, KFC, Marrybrown, Pizza Hut.. pernah dengar kedai makanan segera yang sangat digilai oleh kanak-kanak dan remaja zaman sekarang?

  • Maggie, Coca Cola, Mamee.. antara makan segera yang juga menjadi amalan remaja dan kanak-kanak. Macam mana mereka boleh terpengaruh? Sudah tentunya dari Iklan di televisyen yang sering mereka tonton.

  • makanan segera sekarang ini amat mudah diperolehi berbanding pada zaman 90an dahulu yang mana kedai makanan segera sekarang bagaikan cendawan tumbuh. 
  • Disebabkan itulah kanak-kanak yang terdedah dengan makanan segera akan lebih suka makan makanan segera berbanding makanan yang dimasak dirumah kerana perasa makanan yang berjaya membangkitkan selera makan mereka.

g) tak cukup air
  • Amalan pengambilan air kosong atau air putih di kalangan remaja amat membimbangkan. Kebanyakan remaja atau kanak-kanak lebih gemar minum minuman manis dan bergas.
  • sebagai contoh selepas aktiviti bersukan, remaja lebih gemar mengambil minuman isotonik 100 plus yang digembar gemburkan sebagai minuman yang dapat menegmbalikan elektrolit dalam badan. Namun begitu pernahkan kita sebagai ibubapa mendedahkan kepada anak-anak kita mengenai kandungan gula yang terdapat dalam minuman isotonik tersebut yang mana jika di amalkan sentiasa boleh mengakibatkan penyakit diabetes??

  • kurangnya pengambilan air kosong boleh mengakibatkan organ dalaman tidak berfungsi dengan baik dan kesan jangka masa panjang dapat merosakkan buah pinggang dan mudah menghidap penyakit diabetes.

h) suka makan / minum benda yang manis


  • tidak dinafikan makanan dan minuman manis memang kegemaran kanak-kanak dan juga remaja. Gula-gula, coklat, minuma bertin dan minuman berkotak antara kegemaran kanak-kanak.
  • namun pengambilan makanan dan minuman manis ini perlu dikawal dan sekiranya di ambil secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi penyakit.

i) makan terlalu cepat

  • Makan terlalu cepat dan tidak mengunyah makanan sehingga lumat adalah habit yang perlu diperbetulkan. Makanan yang tidak dihancurkan dengan lumat boleh menjejaskan usus dan perut dalam jangka masa panjang.
  • So berapa kali nak kunyak sebenarnya? Seperti yang di sarankan dalam Islam, makanan perlu dikunyak sebanyak 40kali sebelum kita menelan makanan tersebut. Kenapa perlu ambil masa kunyah? supaya kita boleh mengawal portion makanan yang diambil disamping membantu perut dan usus mencerna dan menyerap makanan yang telah dilumatkan dengan mudah.

j) lauk tak seimbang (hanya 1 lauk @ lauk terlalu banyak)


  • portion makanan memainkan peranan dalam diet seharian kanak-kanak. kebanyakan kanak-kanak dan remaja akan mengambil hanya satu lauk dalam makanan mereka. Contohnya sewaktu makan tengahari ada kanak-kanak yang suka makan nasi dan ayam goreng sahaja. Tiada sayur-sayuran atau buah-buahan dalam sajian makanan mereka.
  • Diet seperti itu adalah diet yang tidak seimbang dan ibubapa perlu mendidik anak-anak mereka mengenai diet makanan yang sihat yang mengandungi semua kelas makanan mengikut sajian yang betul.

k) amalkan diet yang salah
  • Ada remaja sekarang yang sudah pandai berdiet. Mereka mahu penampilan diri yang terbaik dan mengambil jalan pintas untuk mencapainya.
  • Kebanyakkan remaja suka mencuba pelbagai jenis diet yang ekstrem tanpa memikirkan kesan jangka masa panjangnya.
  • Mengikut Pegawai Sains Pemakanan, Puan Chin Poh Ling, diet ekstrem yang sedang popular sekarang seperti diet atkins boleh memberi kesan jangka masa panjang pada buah pinggang bagi mereka yang mengamalkannya tanpa ilmu. 
  • Diet atkins contohnya hanya boleh diamalkan selama 12 minggu maksima dan jika diamalkan berterusan boleh merosakkan organ dalaman seperti buah pinggang dalam jangka masa panjang.

Okay, kita sambung pada artikel part 3 mengenai topik Sains vs Sunnah ni.

Semoga pembaca mendapat manfaatnya.😀

Pages

about me

about me
herneyane (shaklee distributor). Powered by Blogger.

Popular Posts