Tuesday, August 8, 2017

LIMA PERKARA PENTING UNTUK KURUS

Assalam..

Bukan mudah untuk kurus, dan sangat mudah untuk gemuk.
Pernah dengar ayat sentap macam ni? Saya sudah berbakul-bakul kena ayat sentap macam ini dengan Coach saya. Memang menyusuk hati bila kena sedass ayat sentap, mana taknya asyik complaint je kenapa tak kurus-kurus walaupun dah buat macam-macam. Tapi bila Coach soal siasat kantoi lah ada beberapa perkara yang saya ambil mudah.

Okay artikel saya kali ini, saya akan kongsikan beberapa tips dan nasihat dari coach saya untuk kekalkan momentum untuk terus kuruskan badan. Jadi pada yang hendak ikut sila amalkan dengan konsisten ye, mana yang tak mahu ikut boleh baca untuk dapatkan ilmu tambahan.


Perkara #1 : latihan senaman

  • Ada pelbagai jenis senaman yang boleh anda ikuti. Yang paling mudah adalah dengan menghadirkan diri ke kelas senamrobik, yoga, pilates atau kick boxing.
  • Dengan menghadirkan diri ke kelas tersebut, senaman yang lebih teratur dapat anda ikuti mengikut tahap kecergasan anda. Ia dapat mengelakkan sebarang bentuk kecederaan pada diri anda sebagai seorang "new comer".
  • Memang betul kita boleh cari di google atau youtube untuk video senaman, namun anda kena faham konsep dan aturan senaman yang betul untuk badan anda supaya senaman yang anda lakukan dapat membentuk stamina anda dan bonusnya dapat membentuk bentuk tubuh yang anda inginkan.
  • Cadangan saya, buat jadual senaman anda, setiap senaman yang anda jadualkan hendaklah fokus pada bahagian yang berbeza pada badan anda. Laksanakannya dalam masa sebulan dan selepas sebulan tukar rutin yang telah anda lakukan.
  • Kenapa perlu tukar rutin? Supaya badan anda tak adapt dengan benda yang sama dan anda dapat keluar dari plateau (berat badan yang statik).
  • Cadangan minuman yang boleh boost metabolisme anda semasa proses menurunkan berat badan adalah CINCH TEA dari shaklee (green tea).
  • CINCH TEA ini bagus kerana dia terdiri dari pure green tea dicampur dengan red tea tanpa gula tambahan ataupun tenusu tambahan untuk memaniskan ia. 
  • Kandungan kafein pun sangat rendah dan sangat sesuai untuk yang nak turunkan berat badan kerana ia meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita dan kita akan merasa tidak letih sepanjang hari.


Perkara #2 : ukur lilit badan
  • Ukur bentuk badan anda. Tulis dan rekodkan ukur lilit badan semasa anda dalam bentuk jadual dan tampal di tempat yang anda akan sentiasa nampak. 
  • Letakkan target penurunan berat badan berdasarkan ukur lilit badan bukan berdasarkan berat pada timbangan.
  • Kenapa perlu berdasarkan ukur lilit? Kita selalunya rasa bahawa bacaan pada penimbang adalah segalanya namun persepsi begini yang perlu anda buang.
  • Kerana ukur lilit badan paling cepat menunjukkan perbezaan berbanding berat pada penimbang. Kadang2 penimbang tidak menunjukkan apa2 perubahan namun ukur lilit badan telah menunjukkan perubahan seperti baju yang selalunya anda pakai ketat, kini terasa rasa sedikit longgar.
  • Apabila anda telah mengamalkan perkara #1 di atas secara berkala, berat badan anda pasti akan turun dengan banyak dan sampai satu tahap bacaan pada penimbang akan statik. 
  • Jangan stress.. Kerana berat badan tak de siapa yang nampak namun ukur lilit badan semua orang boleh nampak perbezaannya. So jangan give up!
  • Pilih bentuk badan idaman anda. Flabby atau tone up! Kalau mahu yang kurus dan flabby senaman cardio seperti jogging atau senamrobik / zumba sahaja sudah membantu menurunkan berat badan.
  • Sekiranya anda mahu bentuk badan yang kurus dan tone up! Saya cadangakan gabungkan senaman cardio anda dengan weight training. Anda akan nampak impak yang lebih baik.
  • Cadangan saya bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal adalah dengan mengambil protein secara konsisten. CINCH dari shaklee adalah serbuk protein dari soya yang sangat banyak membantu dalam proses penurunan berat badan.
  • Jangan risau CINCH shaklee ini bebas GMO dimana kacang soya yang digunakan adalah organik dan dipantau dengan ketat penghasilannya.


Perkara #3 : minum air secukupnya
  • Setiap 25kg badan kita memerlukan 1litre air. Makanya air sememangnya sangat penting semasa proses penurunan berat badan.
  • Setiap kali kita bersenam kita akan menyahkan air serta toksin dalam sistem perpeluhan kita dan juga dalam sistem perkumuhan kita (air kencing)
  • Setiap litre air yang hilang dalam badan perlu digantikan semula bagi memastikan fungsi badan kita berjalan dengan baik. Dari itu, apa yang kita minum sebagai bahan gantian air itu sangat penting.
  • Sama ada air kosong atau sports drink seperti performance drink kedua-duanya sama penting. Kedua-dua air minuman ini dapat mengembalikan garam mineral yang telah hilang dari badan semasa kita bersenam.
  • Namun bagi sesetengah orang yang jarang2 bersenam ada kalanya kehilangan gula dalam badan semasa bersenam menyebabkan mereka pitam atau pengsan. Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku minuman seperti performance drink dari shaklee ini sangat membantu mengembalikan kesegaran badan dan menstabilkan kandungan gula dalam badan.
  • Diingatkan bahawa performance drink shaklee tidak mengandungi gula sintetik tambahan, sebaliknya ia mengandungi kandungan gula @ glucose dari tumbuh-tumbuhan. Jadi ya, ia adalah sports drink yang sangat organik.


Perkara #4 : anda apa yang anda makan
  • Makanan yang anda ambil mencerminkan siapa anda. Sekiranya anda suka makan secara tidak teratur dan berlebihan maka apa yang anda makan pasti akan memberi  kesan pada badan anda. 
  • Makanan yang kita ambil sangat memberi kesan pada kulit, tubuh badan dan kesihatan kita. Sebagai contoh sekiranya pengambilan makanan harian kita kurang kandungan zink maka kuku kita mudah patah dan lingkungan bawah mata kita mudah sembab.
  • Sebab itu, diet yang seimbang sangat penting dalam proses penurunan berat badan. 
  • So, apa yang perlu anda kawal dalam diet yang seimbang? Makanan berminyak, makan yang terlalu banyak perisa, makanan bergaram dan makanan terdiri dari manis2an. Lagi satu pastikan makanan anda terdiri dari sumber yang organik dan sayur-sayuran yang tidak menggunakan pestisides. 
  • Pengambilan nasi sebagai sumber karbo perlu diambil sesenduk 2kali sehari setiap kali anda makan sebagai sumber tenaga.
  • Anda boleh wujudkan cheat day untuk diri anda bagi membolehkan anda makan makanan kegemaran anda. Jangan lah terlalu berdiet sampaikan makanan favourite pun tak boleh nak jamah kan? Be smart dalam menyusun pemakanan anda.
  • Rekod pemakanan anda dan kira kalori yang anda ambil sehari supaya tidak melebihi jumlah kalori yang sepatutnya badan anda ambil.
  • Selain itu, pengambilan supplement yang lengkap dapat membantu diri anda memenuhi kekurangan nutrisi selain dari memberi tenaga kepada badan untuk kekal melakukan aktiviti sihat tanpa kekangan.
  • Amalkan pengambilan omegaguard untuk jantung yang sihat, osematrix bagi tulang yang kuat dan dapat mengelakkan osteoperosis, alfafa dan herbalax sebagai agen detox menyingkirkan toksin yang berlebihan bagi membantu penyerapan nutrisi dari makanan dan supplement di tahap yang optimum.



Perkara #5 : tidur mesti cukup
  • Mengikut kajian, purata tidur yang sihat untuk membantu seseorang berjaya dalam menurunkan berat badan adalah antara 6-7 jam sehari.
  • So pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti bagi membantu badan anda untuk recharge tenaga supaya kekal segar pada keesokkan harinya.
  • Apa kesan kalau kita kurang tidur? Haaa.. Paling besar kesannya ialah nafsu makan kita akan meningkat. Kadang2 kita tertanya2 kenapa hari ini nafsu makan macam membuak2?? Kenalah muhasabah diri semula..
  • Lihat semula sleeping pattern kita macam mana dan cuba ubah gaya hidup kita supaya kita dapat purata tidur yang berkualiti.
  • Supplement tambahan juga boleh anda amalkan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti seperti pengambilan segelas susu sebelum tidur atau mengambil ostematrix (calcium) sebelum tidur. 
  • Calcium berfungsi merehatkan otot badan kita setelah seharian melakukan kerja tanpa henti dan ianya juga bagus dalam melancarkan proses perkumuhan di awal pagi.


Saya harap 5 perkara yang saya kongsikan ini memberi manfaat buat mereka yang mahu menurunkan berat badan.

Sebarang kekurangan adalah dari khilaf saya dan insha Allah artikel seterusnya saya akan kongsi mengenai kepentingan mengira daily kalori intake.

Saya doakan anda sihat dan bonusnya kurus. Sebarang pertanyaan mengenai PROGRAM NECK SLIM FIT online boleh sms/wa/tg  : 012-7422756 (anne)








0 comments:

Post a Comment

Pages

about me

about me
herneyane (shaklee distributor). Powered by Blogger.

Popular Posts