Wednesday, September 6, 2017

BETUL-BETUL MAKAN vs 
MAKAN BETUL-BETUL (PART 2)

Semakin hari peningkatan populasi pesakit diabetes semakin meningkat. Macam mana kita boleh tahu banyaknya pesakit diabetes zaman sekarang??

Cuba anda semua lihat kawasan sekeliling tempat anda tinggal, ada tak pusat-pusat dialisis yang berhampiran. Kalau tak tahu boleh google dan lihat berapa banyak pusat dialisis yang bagai cendawan tumbuh pada zaman sekarang.

Kalau masa kita kecil-kecil dulu nak cari pusat dialisis punya lah susah. In fact maksud dialisis pun kadang-kadang kita tak tahu. Macam saya ini lah sebab memang tak de keluarga yang mengidap diabetes pada masa tu. Tapi sekarang... berbeza kan?


Cuba lihat graf survey yang dibuat oleh Kementerian kesihatan tu. Purata pengidap penyakit diabetes yang berumur 18 tahun dan ke atas menigkat berbanding pada tahun 1996.
Betul kan? Tahun 1996 tu, saya masih 16 tahun, memang tak pernah dengar dan tak tahu pun tentang dialisis.


Yang atas ini statistik pengidap diabetes mengikut negeri. Lihat purata setiap negeri, banyak kan pengidap penyakit diabetes?



Menurut Puan Chin Poh Ling, Pegawai Sains Pemakanan Hospital Kulai purata pelajar yang obes dan mungkin akan mengidap penyakit diabetes akan semakin meingkat sekiranya tiada kesedaran dari pelbagai pihak. Tiada kesedaran dari segi amalan pemakanan sihat terutamanya. Lihat sahaja statistik populasi pengidap diabetes di Malaysia.


So kenapa pentingnya amalan pemakanan sihat dikalangan kanak-kanak dan remaja?
  • untuk mencegah penyakit obesiti dan penyakit yang berkaitan dengannya seperti penyakit jantung, hipertensi (tekanan darah tinggi), gout, kanser, kencing manis dan osteoperosis.
  • sebab kalau kita cegah dari awal kita dapat cegah semua penyakit yang kat atas tu kan?
Mengapa perlu makan dengan betul?
  • mengikut Puan Chin Poh Ling, pemakanan yang betul adalah satu pelaburan jangka masa panjang.
  • pelaburan yang bijak untuk kesihatan adalah melalui pemakanan yang seimbang.

Untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, kita perlu tahu apa cara yang tidak betul yang telah kita amalkan selama bertahun-tahun.

a) makan tak tentu waktu
  • Oleh kerana terlalu sibuk dengan jadual kerja atau jadual sekolah seharian, kita sering makan tidak mengikut masa. Ada yang makan sehari 3 kali sahaja, sarapan-makan tengahari-makan malam. Ada pula yang terpaksa skip waktu makan dek terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang penting.
  • Bagi pelajar pula ada yang tak makan kerana nak kumpul duit kononnya untuk membeli apa yang mereka mahu seperti hadphone, topup dan sebagainya. Kerana ingin memenuhi keperluan harian yang tidak sepatutnya pelajar atau remaja zaman sekarang rela mengorbankan waktu makan mereka dan duit belanja makan mereka.

  • Pola pemakanan yang tidak menentu dan tidak mengikut masa ini boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti obes, tekanan darah rendah, gastrik dan sebagainya.
b)makan ikut selera / kegemaran
  • golongan mereka yang makan ikut selera atau kegemaran ini kita panggil picky eaters (untuk kanak-kanak). mereka ini adalah golongan yang makan hanya mengikut apa yang mereka rasa sedap di tekak mereka.

  • penah berhadapan dengan kanak-kanak macam ni? hehehe.. saya pernah mengalaminya sebab anak-anak saya memang kesemuanya picky eaters. Ingat lagi piramid pemakanan kanak-kanak yang saya tunjukkan pada artikel sebelum ini?? tahu kan apa yang kanak-kanak paling suka makan?

  • Mereka yang picky eaters ini selalunya akan mengambil satu kumpulan makanan sahaja dan mengambilnya dalam kuantiti yang besar kerana hanya makanan itu sahaja yang dapat membuka selera mereka

c) tak cukup buah dan sayur

  • kebanyakan orang yang obes atau pengidap daibetes kurang mengambil makanan berserat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran.

  • buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kumpulan makanan yang wajib kita ambil setiap hari. 
  • mereka yang kurang mengambil buah-buahan dan sayuran dalam pemakanan mereka selalunya akan mengalami masalah penghadaman dan seterusnya menjurus kepada masalah berat badan yang serius seperti obes.

d) terlalu banyak karbohidrat

  • karbohidrat adalah penting dalam diet harian kita. Namun pengambilan karbohidrat yang berlebihan juga boleh mengakibatkan obes dan diabetes.
  • Karbohidrat terbentuk daripada molekul-molekul ringkas yang dikenali sebagai gula ringkas (simple sugar).


  • Karbohidrat boleh dibahagikan kepada tiga jenis, berdasarkan bilangan gula ringkas yang terdapat didalam molekul:
  1. Monosakarida (monosaccharide) - terdiri daripada lebih daripada satu unit gula ringkas. Contoh: Glukosa, fruktosa, galaktosa.
  2. Disakarida (disaccharide) - terdiri daripada dua unit gula ringkas.Contoh: Laktosa, maltosa, sukrosa.
  3. Polisakarida (polysaccharide) - terdiri daripada banyak unit-unit gula ringkas. Contoh: Kanji, glikogen, selulosa.

  • Fungsi karbohidrat:
  1. Untuk membekalkan tenaga supaya sel-sel badan dapat berfungsi dengan lebih cekap (efficiently). Satu gram (1g) karbohidrat boleh menghasilkan 17 kJ tenaga apabila dioksidakan sepenuhnya (completely oxidised).
  2. Sebagai simpanan makanan (as stored food) pada haiwan sebagai contoh: Glukosa yang berlebihan akan ditukar kepada glikogen untuk disimpan dalam sel-sel haiwan. 
  • Dan glukosa yang berlebihan yang tidak ditukarkan kepada tenaga akan tersimpan di dalam badan dan ditukarkan kepada lemak. 
  • Sekiranya glukosa berlebihan tersimpan dalam badan maka akan berlaku peningkatan gula dalam darah dan juga peningkatan lemak pada badan.
e) suka makanan berlemak / berminyak / bergoreng

  • Menurut Pegawai Sains Pemakanan, Puan Chin Poh Ling, kebanyakan makanan yang dihidangkan kepada pelajar dan juga kita orang dewasa kebanyakkannya makanan yang berlemak atau berminyak atau bergoreng.

  • sebagai contoh makanan yang di jual di kantin-kantin sekolah anak-anak kita. Majoriti makanan yang dihidangkan adalah makana bergoreng betul? Keropok lekor, mee goreng, nasi goreng, roti telur goreng, ayam goreng dan sosej goreng seakan-akan menjadi menu wajib dikantin sekolah.

  • pola pemakanan ini telah menjadi tradisi turun temurun sejak dari kita kecil lagi dan ia telah menjadi budaya pengusaha kantin untuk menghidangkan makanan bergoreng yang kurang berkhasiat kepada pelajar. Dan kesannya majoriti pelajar sejak dari sekolah rendah lagi mengalami masalah obes dan ada yang menghidap diabetes kerana corak pemakanan ini.

f) sukakan makanan segera

  • Mc Donald, KFC, Marrybrown, Pizza Hut.. pernah dengar kedai makanan segera yang sangat digilai oleh kanak-kanak dan remaja zaman sekarang?

  • Maggie, Coca Cola, Mamee.. antara makan segera yang juga menjadi amalan remaja dan kanak-kanak. Macam mana mereka boleh terpengaruh? Sudah tentunya dari Iklan di televisyen yang sering mereka tonton.

  • makanan segera sekarang ini amat mudah diperolehi berbanding pada zaman 90an dahulu yang mana kedai makanan segera sekarang bagaikan cendawan tumbuh. 
  • Disebabkan itulah kanak-kanak yang terdedah dengan makanan segera akan lebih suka makan makanan segera berbanding makanan yang dimasak dirumah kerana perasa makanan yang berjaya membangkitkan selera makan mereka.

g) tak cukup air
  • Amalan pengambilan air kosong atau air putih di kalangan remaja amat membimbangkan. Kebanyakan remaja atau kanak-kanak lebih gemar minum minuman manis dan bergas.
  • sebagai contoh selepas aktiviti bersukan, remaja lebih gemar mengambil minuman isotonik 100 plus yang digembar gemburkan sebagai minuman yang dapat menegmbalikan elektrolit dalam badan. Namun begitu pernahkan kita sebagai ibubapa mendedahkan kepada anak-anak kita mengenai kandungan gula yang terdapat dalam minuman isotonik tersebut yang mana jika di amalkan sentiasa boleh mengakibatkan penyakit diabetes??

  • kurangnya pengambilan air kosong boleh mengakibatkan organ dalaman tidak berfungsi dengan baik dan kesan jangka masa panjang dapat merosakkan buah pinggang dan mudah menghidap penyakit diabetes.

h) suka makan / minum benda yang manis


  • tidak dinafikan makanan dan minuman manis memang kegemaran kanak-kanak dan juga remaja. Gula-gula, coklat, minuma bertin dan minuman berkotak antara kegemaran kanak-kanak.
  • namun pengambilan makanan dan minuman manis ini perlu dikawal dan sekiranya di ambil secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi penyakit.

i) makan terlalu cepat

  • Makan terlalu cepat dan tidak mengunyah makanan sehingga lumat adalah habit yang perlu diperbetulkan. Makanan yang tidak dihancurkan dengan lumat boleh menjejaskan usus dan perut dalam jangka masa panjang.
  • So berapa kali nak kunyak sebenarnya? Seperti yang di sarankan dalam Islam, makanan perlu dikunyak sebanyak 40kali sebelum kita menelan makanan tersebut. Kenapa perlu ambil masa kunyah? supaya kita boleh mengawal portion makanan yang diambil disamping membantu perut dan usus mencerna dan menyerap makanan yang telah dilumatkan dengan mudah.

j) lauk tak seimbang (hanya 1 lauk @ lauk terlalu banyak)


  • portion makanan memainkan peranan dalam diet seharian kanak-kanak. kebanyakan kanak-kanak dan remaja akan mengambil hanya satu lauk dalam makanan mereka. Contohnya sewaktu makan tengahari ada kanak-kanak yang suka makan nasi dan ayam goreng sahaja. Tiada sayur-sayuran atau buah-buahan dalam sajian makanan mereka.
  • Diet seperti itu adalah diet yang tidak seimbang dan ibubapa perlu mendidik anak-anak mereka mengenai diet makanan yang sihat yang mengandungi semua kelas makanan mengikut sajian yang betul.

k) amalkan diet yang salah
  • Ada remaja sekarang yang sudah pandai berdiet. Mereka mahu penampilan diri yang terbaik dan mengambil jalan pintas untuk mencapainya.
  • Kebanyakkan remaja suka mencuba pelbagai jenis diet yang ekstrem tanpa memikirkan kesan jangka masa panjangnya.
  • Mengikut Pegawai Sains Pemakanan, Puan Chin Poh Ling, diet ekstrem yang sedang popular sekarang seperti diet atkins boleh memberi kesan jangka masa panjang pada buah pinggang bagi mereka yang mengamalkannya tanpa ilmu. 
  • Diet atkins contohnya hanya boleh diamalkan selama 12 minggu maksima dan jika diamalkan berterusan boleh merosakkan organ dalaman seperti buah pinggang dalam jangka masa panjang.

Okay, kita sambung pada artikel part 3 mengenai topik Sains vs Sunnah ni.

Semoga pembaca mendapat manfaatnya.😀

0 comments:

Post a Comment

Pages

about me

about me
herneyane (shaklee distributor). Powered by Blogger.

Popular Posts