Tuesday, May 30, 2017


Assalamualaikum..

Diharap anda semua berada dalam keadaan yang sihat serta dilimpahi keberkatan kesihatan dari Allah.



Sebelum saya memulakan artikel saya kali ini saya mahu anda semua cuba berfikir sejenak bagaimana cara anda semua menakrifkan maksud KURUS? Apa kriteria orang KURUS? Apa yang perlu kita lakukan untuk kekal KURUS? Adakah kurus itu bergantung pada bacaan pada penimbang?
Fikir-fikirkan dan renung sejenak persepsi kita terhadap perkataan KURUS ini.

okay, sambil anda fikir dan reflek balik persepsi anda tentang KURUS, saya cerita sikit tentang cara memantau penurunan berat badan tanpa menggunakan skala penimbang.


Dalam memilih senaman, pastikan anda memilih senaman yang menggabungkan unsur kardio dan bebanan.

Kedua-dua unsur senaman ini memainkan peranan yang penting dalam menurunkan berat badan secara drastik dan membentuk tubuh badan yang anda impikan.

Senaman yang berfokus pada satu-satu bahagian badan adalah MITOS. Senaman untuk KURUS haruslah melibatkan keseluruhan otot dalam badan anda. Ini kerana lemak hanya akan terbakar sekiranya kita membakar kalori yang terkumpul di seluruh tubuh badan kita.

Badan kita direka oleh Allah dalam keadaan yang sempurna. Lemak tidak berkumpul hanya pada satu-satu tempat.
Oleh sebab itu kita perlu bakar semua lemak yang terdapat pada seluruh anggota badan untuk kita KURUS.

Kenapa Allah cipta tubuh badan kita lemaknya berkumpul dikawasan perut?
Haaaaa..  Cuba anda fikir-fikirkan. Insha Allah artikle seterusnya saya akan kupas tentang isu ini.

Mereka yang FIT adalah KURUS. Kenapa saya cakap begini?

  • Kerana mereka yang fit ini (tak kiralah saiz badan nya macama mana) mereka adalah golongan yang rajin dan komsisten bersenam.
  • Mereka boleh berjalan / berlari jarak jauh tanpa mengah dan letih
  • Mereka boleh mengangkat benda berat tanpa bantuan sesiapa (contohnya kalau mereka ini jatuh motor sekalipun mereka mereka mampu bangun dan tolak motor mereka ketepi jalanraya)
  • Mereka boleh memanjat tempat tinggi tanpa lelah dan penat (penat sikit-sikit tapi recovery heart rate mereka sangat baik)
Jika anda tergolong dalam golongan di atas, tahniah anda KURUS @ akan KURUS. Teruskan perjuangan anda.


Ada beberapa kriteria badan yang membolehkan kita klasifikasikan mereka ini KURUS.

Diantaranya berdasarkan ukur lilit badan. Mereka yang ingin KURUS perlu mengambil kira kriteria bentuk badan yang mereka mahukan.

Sekiranya anda hanya ingin kurus tanpa melakukan sebarang senaman sebaliknya bergantung kepada pil-pil kurus dan ubat-ubatan kurus maka anda pasti akan memperolehi badan yang KURUS namun menggelebeh. Anda tidak membentuk otot anda dan anda tidak membentuk kekuatan tulang ada. KURUS sebegini tidak akan kekal selamanya sebaliknya apabila anda semakin tua, anda akan menjadi lebih tidak bertenaga dan tidak bermaya serta kurang sihat.

Sebaliknya jika anda KURUS kerana melakukan aktiviti senaman seperti dalam perkara pertama yang saya highlightkan tadi, maka anda pasti akan memperolehi badan yang lebih tone dan firm. Tulang anda akan lebih kuat begitu juga dengan otot anda. Posture badan anda akan lebih baik, tenaga anda akan lebih baik dan bonusnya anda akan KURUS serta awet muda.

Haaaa.. Hebatkan penangan senaman. Jadi jika badan anda masih belum KURUS walaupun anda telah melakukan senaman, jangan putus asa anda pasti akan mencapainya.


Jadi anda masih rasa KURUS itu sangat bergantung pada bacaan pada penimbang?? Pikirkan sekali lagi. Kerana mereka yang obsess pada skala penimbang adalah mereka yang belum KURUS.

Anda boleh cuba kaedah saya ini untuk buktikan teori saya :
1. Ambil timbangan anda pada hari ini dan rekodkan. Kemudian simpan mesin penimbang anda tu jauh-jauh.
2. Kemudian ambil pita ukur dan ukur badan anda iaitu lengan anda (kiri dan kanan), dada anda, perut anda, pinggul anda serta peha anda (kiri dan kanan). Rekodkan.
3. Dalam masa 3 minggu, sila lakukan senaman cardio (jogging atau zumba atau senamrobik) dan sesekali masuk gym buat weight lifting guna mesin atau guna dumbell pun ok. Pastikan sepanjanh 3 minggu minum air secukupnya dan jaga pemakanan anda kurangkan makanan berminyak dan makan nasi hanya segenggam. Satu hari wajib makan 5kali okay.
4. Selepas 3 minggu ukur semula ukur lilit badan anda. Dan kemudian timbang berat badan anda.

Sekiranya anda dapati berat badan anda masih sama tetapi ukur lilit badan anda semakin mengecil, maka anda berada di dalam laluan yang betul.

Jika sebaliknya, sila contact saya untuk konsultasi sebenar supaya saya dapat bantu anda mendapat ukur lilit yang anda mahu.
Boleh whatsapp saya personally di talian 012-7422756 (anne jasman)

Jangan risau kita belajar dari tidak tahu kepada tahu dan seterusnya saya bantu dari tidak boleh kepada boleh.

Tips dan tunjuk ajar saya jika anda message saya sekarang merangkumi aspek kesihatan, pemakanan dan senaman.



Pages

about me

about me
herneyane (shaklee distributor). Powered by Blogger.

Popular Posts