BETUL-BETUL MAKAN
ATAU MAKAN BETUL-BETUL
ATAU MAKAN BETUL-BETUL
Pada 17 Ogos 2017, saya telah menghadirkan diri ke Seminar Pemakanan Sunnah Anak-anak Istimewa "Sains vs Sunnah". Speaker yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu ini ialah Puan Chin Poh Ling, pegawai sains pemakanan dan Ustaz Khairudin b. Mat Ali. Alhamdulillah banyak juga ilmu yang saya perolehi dari seminar selama 5 jam tersebut.
Apa yang diterangkan sepanjang program tersebut kebanyakkan berfokus kepada pemakanan sihat. Maklumlah pemakanan anak-anak istimewa ini memang agak rumit sikit. Terutamanya anak istimewa yang "low function", yang mana segalanya perlu kita uruskan untuk mereka. Fuhhh.. memang berpeluh nak pantau apa yang mereka makan.
Secara asasnya konsep pemakanan sihat ini sama sahaja. Baik bagi kita yang normal atau mereka yang kurang upaya. Apa yang penting kita perlu tahu kawal pengambilan beberapa makanan tambahan kurang sihat dan perasa makanan yang tidak sihat.
KONSEP PEMAKANAN SIHAT
Mengikut statistik, Malaysia adalah negara yang berada pada ranking Pertama yang mana penduduknya majoriti GEMUK di rantau Asia Tenggara ini. Haaaaaa..... terkejut tak? Selama ini kita rasa macam normal je kan badan kita. Rupanya kita rasa badan kita normal sebab kita dikelilingi oleh mereka-mereka yang obess tau.
Okay statistik kat gambar atas ni menunjukkan negara Malaysia adalah negara paling GAH dengan penduduknya yang majoriti GEMUK. Malu tak? Terasa tak? ke tak de perasaan? hihi.. Saya memang sangat terasa sepanjang seminar itu sebab memang tahu ukur lilit badan dan berat badan saya ini turun naik kadang-kadang kat border line nak ke overweight.
Tapi bila baca artikel kat bawah ini lagilah saya memang rasa.. perghhh... "maksudnya 3 tahun lepas berat aku tu sebenarnya kategori mereka yang GEMUK lah.." terdetik dalam hati.
Menurut Puan Chin Poh Ling, Pegawai Sains Pemakanan Hospital Kulai, Johor, perubahan gaya hidup dari segi corak pemakanan seperti peningkatan pengambilan makanan segera, makanan yang tinggi lemak, makanan berminyak dan karbohidrat bertapis seperti roti putih, beras putih dan gula adalah di antara penyumbang terbesar yang menyebabkan peningkatan bilangan mereka yang OBES di Malaysia.
hmmmmm... Patutlah berat badan saya mencanak-canak sejak melahirkan anak, sebab pengambilan makanan yang di senaraikan oleh Dr Chin Poh Ling itu memang banyak yang saya ambil disebabkan kekangan kerja saya disamping terpaksa menguruskan anak-anak yang masih kecil.
Memang betul, gaya hidup yang kita amalkan akan dapat dilihat dari tubuh badan kita. Kiranya hasilnya badan kitalah yang tuai kan? Kalau ambil makanan sihat maka, yang di tuai juga sihat. Kalau ambil makanan yang tidak sihat, so kalau dapat penyakit itulah hasil tuaian kita yang kita amalkan sepanjang hidup kita. Sedih kan? Tapi itulah kebenaran...
Okay dalam pemakanan sihat memang kita kena betul-betul ikut piramid makanan. Rasa apa yang saya tulis ini macam cliche kan? Dah selalu dengar kan? Tapi pernah tak kita betul-betul fokus dan amalkan ilmu piramid makanan ini.
Piramid makanan di bawah ini adalah piramid makanan yang patut kita amalkan dalam diet pemakanan harian kita.
Dan berikut adalah jumlah sajian yang perlu kita ambil mengikut aras.
Rasa-rasanya diet pemakanan anda jatuh paling banyak dalam kategori mana? Sebenarnya makanan yang paling sedap kita makan, makanan itulah sebenarnya mengandungi paling banyak perisa tiruan dan tidak sihat betul tak? Ke was-was?
Jika diet pemakanan kita sihat, kita pasti akan ambil makanan mengikut Aras mengikut sajian yang telah disyorkan seperti dalam gambar di atas. Dan kebanyakan makanan yang sihat ini tidak melibatkan sebarang bentuk gorengan yang menggunakan minyak.
Mesti tak sedap kan? Ya, untuk sihat makanan yang di ambil memang rasanya "tidak sedap" seperti yang telah diproses oleh otak kita. Walhal, makanan sihat itu sebenarnya jauh lebih sedap sekiranya kita pandai menggunakan bahan alami tanpa perisa tambahan dengan baik.
So macam mana diet pemakanan sihat ini sebenarnya? Untuk orang-orang yang normal dan mereka yang istimewa ini sama je ke? jawapannya YA. Sama sahaja kecuali kalau mereka yang kurang istimewa ini mengalami masalah usus, makanya makanan yang disediakan untuk mereka mestilah mengikut kriteria yang di sarankan doktor.
So sekarang saya tunjukkan pula diet pemakanan anak-anak kita yang sebenar, yang sering bermain di fikiran mereka dan diluahkan melalui pengambilan makanan mereka seharian.
Haaa... Sekarang anda boleh revise balik apa yang anak anda makan setiap hari. Betul tak ianya sama macam piramid makanan yang saya tunjuk di atas? Mengikut kajian, itulah sebenarnya piramid makanan yang di ambil oleh kanak-kanak zaman sekarang.
Kalau macam gitulah pemakanannya no wonder lah kita akan menghasilkan generasi yang OBES di masa akan datang. Betul tak?
Sebagai ibu bapa apakah tindakan kita?
Ya.. Pastikan berat badan anak-anak anda sentiasa di pantau, kawal pemakanan anak-anak pastikan kita pelbagaikan masakan anak-anak dalam bentuk rebus dan kukus. Kurangkan masakan bergoreng dan berlemak tinggi untuk anak-anak kita.
Saya berhenti sampai sini dahulu.. Insha Allah saya akan share bahagian 2 mengenai seminar ini dengan anda.