Dah hampir beberapa bulan saya tak update blog saya. So entry saya hari ini saya pilih topik yang dekat dengan hati mereka-mereka yang ingin kuruskan badan.
BMI - adakah berat anda berat sihat?
Lelaki dan wanita bukan sahaja menyimpan lemak pada kadar yang berbeza malahan tempat lemak berkumpul dalam badan juga berbeza antara lelaki dan wanita. Wanita lebih cenderung menyimpan lemak di bahagian peha, kaki dan punggung manakala kebanyakkan lelaki lemak lebih banyak terkumpul di bahagian tengah badan aka 'midsection'.
Ingat lagi tak? Dulu-dulu orang selalu sebut 36-24-36 sebagai ukuran bentuk badan yang sempurna sehinggalah datang pula trend atau fenomena saiz 0. Sejujurnya tiada siapa yang tahu apakah bentuk badan yang sempurna sebenarnya.
So, dalam entry saya kali ini, saya akan tunjukkan 4 cara mudah untuk anda ketahui sama ada berat badan matriks anda berada di anatara berat yang normal dan sihat atau sebaliknya. Cari kesempurnaan pada diri anda melalui langkah-langkah berikut.
- BMI menilai berat badan anda berdasarkan tinggi anda. Bacaan BMI ini hanyalah anggaran rujukan berat badan memandangkan ia tidak mengambil kira faktor jantina, bentuk fizikal badan dan komposisi badan kita.
- Apakah formula BMI?
BMI = [berat (lb) / ( tinggi (inch) x tinggi (inch) )] x 703
Contohnya : jika berat anda 60lb dan tinggi anda 62 inch
maka BMI anda = [ 60 / ( 62 x 62 ) ] x 703 = 24.1
julat BMI normal adalah : 18.5 - 24.9
24.1 < 24.9 maka BMI anda normal
2. Nisbah Pinggang dan Tinggi (Waist to height ratio) - (WHTR)
WHTR = ukur lilit pinggang (inch) / tinggi (inch)
Contohnya : jika ukur lilit pinggang anda 35 inch dan tinggi anda 62 inch
maka WHTR anda = 35 / 62 = 0.56
julat normal = perempuan / lelaki < 0.5
3. Ukur lilit pinggang
- ambil pita pengukur, berdiri dalam keadaan tegak dan ukur ukurlilit pinggang mengikut aras pusat perut anda.
ukuran normal bagi perempuan : < 35 inch (90cm)
ukuran normal bagi lelaki : < 39 inch (100cm)
- apabila melakukan ukuran, pastikan ukuran anda tidak melebihi julat ukuran normal yang telah dinyatakan. Namun begitu ukuran pinggang yang kecil tidak bermakna individu itu sihat.
- Salah satu cara lagi untuk anda ketahui tentang badan anda dan komposisinya adalah melalui kaedah Body Analysis. Penimbang berat pintar boleh digunakan dalam kaedah Body Analysis ini kerana ia bukan hanya boleh mengukur berat, malahan dapat mengukur peratus lemak, otot, berat tulang dan juga kandungan air dalam badan.
- Sekiranya sasaran anda untuk menurunkan berat badan dengan melakukan senaman secara kerap, Body Analysis Scale adalah gadjet lengkap yang anda perlukan.
- Ia membantu individu untuk menetapkan sasaran berat badan yang dikehendaki dan juga sasaran peratus lemak dalam badan yang perlu dikurangkan. Ia sangat membantu anda dalam memantau tahap kemajuan anda dalam mencapai sasaran yang telah anda tetapkan.
Secara keseluruhannya, ke empat-empat cara ini membantu anda mengenalpasti sama ada berat badan dan ukur lilit pinggang anda berada pada julat yang normal atau tidak. Jangan gusar sekiranya keputusan yang anda perolehi menghampakan anda. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat.
Sebagai bekas salah seorang peserta Program NECK, saya menyeru pada mereka yang hampa dengan pelbagai kaedah menguruskan badan yang tidak memberi apa-apa kesan supaya mencuba Program Unik NECK fitslim.
Apa ada pada Program NECK Fitslim??
➤ Program kuruskan badan online
➤ 100% dilaksanakan secara online
➤ 100 % di bantu dari A-Z mengenai cara yang betul dalam menguruskan badan
➤ 100% personal monitoring dari coach yang berpengalaman
➤ 100% di bimbing secara personal cara pemakanan dan diet yang betul
➤ Free e-book guide mengenai program secara menyeluruh
➤ Free personal coaching dari coach yang berpengalaman secara online
TESTIMONI PROGRAM NECK
Ini adalah saya yang telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa 60 hari bersama Program NECK |
0 comments:
Post a Comment