Wednesday, June 28, 2017

Assalamualaikum..



Pejam.. Celik.. Pejam.. Celik..
Ramadhan sudah tamat dan kita sedamg meraikan syawal..

Macam mana dengan pengurusan berat badan sepanjang ramadhan? Saya pasti ramai berjaya menurunkan berat badan sepanjang bulan yang barakah itu. Namun masih ramai juga yang makin naik jarum penimbangnya bukan?

Menjelang syawal dugaannya lebih hebat. Makanan yang dihidagkan memang tak dapat nak ditolak. Semuanya berselera sahaja.

Sambil-sambil menjamu selera tu saya share sikit pengalaman saya dalam proses penurunan berat n
badan ye.

Ramai yang tanya saya 'macam mana anne dapat kurangkan inch loss banyak ye?', 'anne boleh bagi tips tak macam mana boleh maintain turun dan turun inch loss tiap minggu?'

Pertanyaan ini semua disebabkan 'title' JOHAN yang saya dapat semasa saya melibatkan diri dalam MBFC6.

Saya bukanlah orang yang hebat dalam menguruskan hal berat badan. Namun saya hanya berpegang pada satu tips yang setiap coach saya bagi baik dalam program MBFC6 ataupun program NECK fitslim by Shaklee.

Apa tips dia??

1. Pastikan minum air masak yang mencukupi ikut berat badan kita.

2. Kawal kalori masuk dan kalori keluar. Saya tak amalkan atkins diet kerana saya tak boleh hidup tanpa karbo dalam hidup saya. Saya pentingkan agihan nutrisi yang lengkap dalam pemakanan saya.

3. Senaman yang saya buat adalah 5kali seminggu dengan 2hari rest day.
-Pastikan kita susun senaman ikut macam coach dalam MBFC ajar. Setiap hari kita akan fokus pada bahagaian yang berbeza pada badan.
-Dan ada satu hari dalam seminggu itu saya akan buat 1000calori workout (fokus pada semua bahagian badan dan buat weight lifting sekali dalam masa 1jam).
- senaman yang paling saya suka buat adalah HIIT dan weight lifting. Jogging dan senamrobik bila ada kelapangan baru saya buat. Siapa yang tahu kelebihan HIIT mereka mesti akan jatuh cinta dengan HIIT.

4. Eat clean... Hmmm.. Tak juga tapi kalau perlu saya akan buat. Bergantung pada individu ye.
- Tapi saya lebih kepada kurangkan makanan yang berminyak. Kalau makan berminyak berlebihan dalam satu hari tu, saya akan detox the shaklee way. (hihi.. Promote kejap since saya memang amalkan)



5. Rancang pemakanan kita.
- Macam saya, bila bangun dari tidur akan teguk air masak satu gelas dulu baru mandi
- sarapan mesti 30minit selepas saya bangun dari tidur. Tapi kadang-kadang terbabas juga cuma saya make sure pagi-pagi sampai sekolah pukul 7lebih itu saya akan isi perut dengan protein shake dulu untuk tingkatkan metabolisme saya. Waktu snack pukul 9am baru saya ambil makanan yang ada karbo sedikit untuk tenaga.
- jadual pemakanan saya, wajib makan 5kali sehari dan wajib makan nasi. Ilmu ini saya amalkan selepas saya join NECK fitslim by shaklee. In fact dalam MBFC pun coach ada cakap suruh makan nasi juga tapi portion kena jaga.
- snack time saya pukul 9am dan 4pm. Saya makan buah atau sup sayur atau kacang-kacang atau cereal.
- untuk bagi saya tenaga pagi-pagi masa snack pukul 9am saya akan minum green tea. Toksah tanya green tea apa, memang saya amalkan yang shaklee punya ye. (Hihi.. Promote lagi ni...)


6. Waktu senaman saya selalunya saya buat malam antara pukul 5ptg-7ptg atau 8-10mlm. Senaman saya hanya ambil masa antara 30minit hingga 60minit sahaja. tak lebih dari 60 minit ye. Sebab senaman yang lebih dari 60 minit lebih menjurus kepada kecederaan berbanding untuk fit dan slim. Saya pastikan saya tamat senam sebelum pukul 10mlm. Tapi kadang-kadang ada lajak juga. Bergantung pada keadaan rumah dan anak-anak yang perlu dikelola pada waktu itu.

7. Saya jadikan suami saya sebagai penanda aras. Kenapa? Sebab dia orang paling rapat dengan saya dan dia pengkritik paling telus dalam hidup saya. Jatuh bangun saya atas galakkan dia. Dia umpama rival saya sebab kami sama-sama buat benda yang sama iaitu bersenam untuk sihat dan fit.

8. Saya pastikan semua keluarga saya tahu saya sedang berusaha mengawal berat badan. Tipulah tak kena gelak. Tapi lama-lama dia orang dah faham. Kalau saya tertonggeng-tonggeng kat depan rumah emak atau dia orang nampak yoga mat saya, mesti dia orang dah tahu saya nak bersenam lah tu.

9. Saya bergaul dengan mereka yang sama-sama ingin kuruskan badan. Yang bahagian ini memang MBFC menang sebab saya memang suka keluarga bahagia dalam setiap batch.
-Semua peramah dan mudah mesra. Dan semua memberi sokongan antara satu sama lain.
- Coach banyak bagi tips dan semua tips saya amalkan sentiasa.

10. Stay positive. Hendak kurus kena positif. Kalau stress memang tak boleh kurus. Itu pengalaman saya. Kalau stress memang berat tak akan turun unless kita ubah mood kita dari negatif ke positif baru kita boleh capai apa yang kita mahukan.

So, itu sahaja 10tips yang saya amalkan.
Kalau hendak ikut silakan tapi kalau rasa apa yang saya amalkan ini banyak kekurangan harap dimaafkan ye.

Saya insan yang lemah dan masih belajar menguasi ilmu ini. Yang baik jadikan sempadan yang buruk sila tingalkan.

-Anne jasman-
Perkongsian kesihatan

0 comments:

Post a Comment

Pages

about me

about me
herneyane (shaklee distributor). Powered by Blogger.

Popular Posts