Mahu kekal FIT?
Mahu kelihatan KURUS?
Mahu kedua-duanya sekali FIT dan KURUS??
Jom kita cuba dapat bentuk yang lansing dan seksi melalui kaedah cub jayaa dan alami perubahannya sendiri dengan penggunaan supplement dan amalan senaman yang betul yang membantu anda dalam menjayakan misi tahun 2017 akan datang.
Berikut apa yang anda perlu lakukan :
1. Mulakan dengan cara yang betul
- Jika anda tidak pernah bersenam lansung atau telah berehat melakukan senaman pada satu jangka masa yang panjang, mulakan langkah anda dengan senaman yang ringan dahulu. Biarkan badan anda serasi dengan senaman yang paling asas dan ringan dalam melaksanakan misi anda untuk FIT dan KURUS.
- Kemudian, pastikan anda sentiasa memantau kandungan kalori dari setiap pemakanan yang anda ambil seharian. Tulis jurnal pemakanan atau paling mudah muat turun aplikasi MyFitnessPal untuk memantau jumlah kalori yang anda ambil seharian. Aplikasi tersebut juga membantu anda memantau senaman yang anda lakukan seharian, maka anda tidak akan tersasar dari target anda untuk KURUS.
- Kawal saiz pemakanan anda maka anda dapat mengawal jumlah kalori harian anda.
Contoh cara mengawal saiz hidangan anda seharian |
2. Sentiasa memperbaharui apa yang anda buat
- Anda bosan dengan rutin senaman harian anda? Ada beberapa aplikasi yang anda boleh muat turun untuk anda amalkan dan anda boleh memilih latihan mengikut tahap kecergasan anda seperti Nike Training Club atau Freeletics. Kedua-dua aplikasi ini mengandungi pelbagai jenis senaman yang boleh anda pilih untuk anda amalkan setiap hari. Tetapi diingatkan lakukan senaman berikut mengikut tahap kecergasan anda. Mulakan dari yang paling mudah dan tingkatkan intensity latihan senaman anda dari sehari ke sehari.
- Pastikan anda kekal fokus pada corak latihan senaman yang anda pilih bagi mengelakkan sebarang bentuk kecederaan.
aplikasi Freeletics boleh anda muat turun di google apps |
3. Lakukannya hanya dari rumah
- Senaman tidak semestinya perlu dilakukan di gym atau di padang ataupun di studio. Anda masih boleh bersenam dirumah. Caranya mudah dengan mengikuti program dari aplikasi yang saya nyatakan seperti di atas tadi.
- Namun begitu ada pelbagai alternatif yang boleh anda ambil sekiranya anda rasakan bersenam di rumah sendirian membuatkan anda mudah putus asa dan kurang komited. Antara cara yang baik adalah dengan melibatkan diri dalam Program Now Everyone Can Kurus (NECK) iaitu program senaman secara berjemaah yang dilakukan 100% secara online dan dipantau sepenuhnya oleh coach dan crew yang bertauliah.
- Apa kelebihan bersenam di rumah?? anda boleh lakukannya mengikut waktu free anda, anda boleh lakukan ianya dimana sahaja walaupun anda sedang bercuti dan yang paling best skali pemakanan dan senaman anda dipantau 100% oleh pihak program walaupun anda sedang bercuti. Best kan?? Saya sarankan anda cuba untuk tahu keberkesanan Program NECK ini. Berikut disertakan beberapa testimoni NECK. Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau whatsapp 012-74228756 (anne)
4. Sertai Fitness bootcamp
- Sekiranya anda seseorang yang suka bersosial dan gemarkan aktiviti luar, maka fitness bootcamp adalah pilihan terbaik anda. Anda bukan sekadar berpeluh semasa aktiviti bootcamp tersebut malahan anda akan temui ramai kawan yang dapat memberikan motivasi dalam mencapai matlamat yang sama.
- Ada pelbagai jenis Program Fitness yang anda boleh sertai dan di antara yang saya sangat galakkan anda sertai adalah Program Jom Kurus 1 Malaysia oleh Kevin Zahri atau My Body Fit Camp olen Bahagia Jemali yang tidak di sangkal lagi amat tinggi impak dan keberkesanannya pada setiap peserta yang menyertainya.
- Anda boleh hubungi pihak yang bertanggungjawab dalam kedua-dua program yang saya nyatakan itu atau terus ke fb page Kevin Zahri atau Fb page Bahagia Jemali untuk melihat sendiri bagaimana program tersebut dilaksanakan.
5. Kekalkan motivasi anda
- Pastikan anda sentiasa challenged diri anda dengan menggunakan fitness tracker atau Smartband seperti Nike+Sportwatch GPS, Suunto Sportwatch, Garmin Vivosmart HR (ini hanya contoh anda boleh google kat lazada untuk pelbagai pilihan), di mana setiap fitness tracker ini menbantu anda dalam memantau senaman anda dan membantu anda meningkatkan kualiti latihan anda pada tahap yang lebih advanced dan lebih sukar bagi badan anda.
- Sebagai contoh Powered by TomTom, ianya bukan hanya boleh memantau jarak anda berlari (sekiranya anda suka lakukan jogging) malahan ianya dapat memantau masa yang anda ambil untuk melakukan sesuatu senaman serta jumlah kalori yang terbakar sepanjang senaman yang anda lakukan termasuklah memantau kadar denyutan jantung anda sepanjang anda bersenam. Ia juga boleh merekod jarak larian anda sebelumnya dan memotivasikan anda untuk mencuba jarak larian yang baru.
6. Tingkatkan kepantasan anda
- Untuk jadi lebih pantas kadangkala memerlukan anda untuk bermula dengan rentak yang perlahan terlebih dahulu. Fokus pada larian yang perlahan dan sedikit panjang masanya selama 45 minit dapat meningkatkan dan memperbaiki stamina anda.
- Pilihan jenis kasut yang sesuai mengikut aktivti senaman yang anda amalkan juga penting. Dapatkan khidmat nasihat pakar dalam memilih kasut sukan yang sesuai dengan aktiviti anda bagi mengelakkan sebarang bentuk kecederaan semasa latihan senaman anda.
- Dalam mengurangkan berat badan dan meneruskannya dalam satu jangka masa yang panjang memerlukan langkah yang konsisten dan perlahan. Tidak perlu terburu-buru dalam proses untuk KURUS. Pilih rutin harian yang mudah yang boleh anda kekalkan sepanjang masa.
- Contoh rutin harian yang di cadangkan oleh beberapa pakar dalam bidang Fitness dan kesihatan :
😍 Hari 2 : 35 minit berjalan dan tambahkan dengan turu naik tangga sebanyak 3 kali
😍 Hari 3 : 40 minit berjalan dan di ikuti dengan 1 minit slow jog setiap 10 minit
berjalan
😍 Hari 4 : 40 minit berjalan diikuti dengan turun naik 3 anak tangga sebanyak 3 kali dan
1 minit slow jog setiap 10 minit
8. Rancang Snack yang berkualiti
- Snack yang terbaik selepas sesi latihan senaman anda adalah segelas sports drink, sekeping cheese atau sandwich tuna; yogurt rendah lemak dan buah-buahan; atau semangkuk cereal dengan susu rendah lemak.
- Pastikan badan anda mendapat semula tenaga selepas anda melakukan senaman bagi mengelakkan dehidrasi dan membantu meningkatkan semula tahap tenaga anda untuk aktiviti harian yang perlu anda lakukan. Maka anda tidak akan 'melepek' kepenatan selepas sesi senaman anda.
- Antara minuman sports drink yang berkhasiat yang anda boleh amalkan adalah Performance dari Shaklee. Shaklee Performance ini dapat mengurangkan dehidrasi yang anda alami sepanjang anda melakukan aktiviti senaman yang sama ada high impact exercises atau low impact ecercises.
- Cara paling mudah untuk meningkatkan metabolisme anda adalah dengan mengambil sarapan setengah jam selepas anda bangun dari tidur. Tidak mengambil sarapan dengan alasan untuk diet adalah salah kerana tanpa sarapan pagi badan anda akan tidak bermaya dan anda akan lebih cenderung makan dengan berlebihan pada waktu snack anda.
- Di samping itu anda boleh amalkan pengambilan green tea sebagai sarapan pagi anda dan saya sarankan anda mengambil Cinch tea mix dari Shaklee memandangkan green tea ini mendapat sambutan yang hebat dan testimoni penggunaannya di luar jangkaan. Cinch Tea Mix dari Shaklee ini selain dapat meningkatkan metabolisme anda di awal pagi dan ianya juga dapat memberikan anda tenaga untuk melakukan aktiviti harian selain membantu anda menurunkan berat badan bagi mereka yang ingin KURUS.
- Untuk sarapan yang lebih sihat, kurangkan pengambilan nasi lemak atau roti kaya yang tinggi kalori. Amalkan pengambilan Wholegrain Cereal seperti oatmeal atau beras perang semasa sarapan pagi anda bagi menggantikan nasi lemak atau roti kaya, kerana ianya banyak membekalkan fibre dan vitamin pada badan anda.
- Dalam Program NECK seperti yang saya cadangkan di atas tadi, anda akan di bantu dari segi amalan pemakanan yang sihat. Berikut di antara contoh pemakanan yang sihat yang di amalkan oleh peserta Program NECK.
- Bagi membolehkan anda mendapat bentuk badan yang anda impikan serta sudah tentunnya KURUS dan FIT, ada pelbagai bentuk senaman yang boleh anda amalkan yang berfokus seperti abs workout, arms workout, legs workout, butt workout dan Full body workout.
- Contoh senaman yang boleh anda lakukan dan berfokus pada bahagian-bahagian penting badan supaya anda kelihatan lebih KURUS dan FIT.