Assalamualaikum,
Hari ini, saya menghabiskan masa saya bersama pelajar pendidikan khas. Ini bukan yang pertama kali memandangkan saya memang seorang guru pendidikan khas. Cuma bezanya hari ini, saya dapat kumpulkan semua pelajar saya untuk saya 'bebel' tentang cara pemakanan dan cara untuk mengawal berat badan.
Pelajar saya yang telah di diagnose dengan penaykit diabetes disebabkan masalah obesitinya |
Untuk makluman anda, pelajar saya seramai 38 orang dan mempunyai tahap masalah pembelajaran yang berbeza. Ada beberapa kategori pelajar OKU ini diantaranya 'slow learner', celebral palsy, down sindrome, autisme dan ADHD. Hanya seorang pelajar 'slow learner' saya yang mengalami masalah obesiti dan telah di diagnose dengan penyakit kencing manis seawal usia 15 tahun. (sila refer gambar di atas)
Dari pemerhatian dan soal selidik saya pada pelajar tersebut, obesiti yang dialaminya disebabkan oleh pola pemakanan yang kurang sihat yang beliau amalkan sejak dari kecil lagi. Oleh kerana beliau tinggal bersama bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori, maka tiada sesiapa yang memantau pola pemakanan beliau dan aktiviti harian beliau yang menyebabkan kesihatan beliau terjejas.
Itu serba sedikit kisah yang berlaku di hadapan mata kita seharian dan kita mengambil langkah tidak mengendahkan dan tidak mahu membantu lansung individu yang berkenaan ke arah kesihatan yang lebih baik. Namun begitu belum terlambat untuk anda sekiranya anda mengalami masalah yang sama.
Pengurusan berat badan tidak perlu terlalu kompleks. Yang paling penting untuk KURUS dan SIHAT anda perlu mengamalkan corak pemakanan yang teratur dan seimbang di samping meningkatkan aktiviti fizikal anda.
FAHAMI APA ITU DIET!!
Ada yang mentakrif diet itu sebagai perbuatan dan amalan menahan lapar untuk mendapat penurunan berat badan yang drastik dan mendapat bentuk badan yang diimpikan. Saya dahulu pada mulanya juga berfikiran begitu. Namun setelah mendapat pencerahan dari Program NECK (Now Everyone Can Kurus), persepsi saya mengenai diet berbeza!!!
Q : Apa maksud diet??
- diet dalam bahasa Yunani bermaksud cara hidup
- namun maksud diet yang sebenar adalah suatu pilihan makanan, yang dipilih khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk merawat penyakit.
- sebagai contoh diet untuk mereka yang mempunyai penyakit diabetes berbeza dengan diet mereka yang tidak menghidapi apa-apa penyakit. Mereka yang mengidap penyakit diabetes perlu mengurangkan memakan makanan yang berkanji tinggi dan bergula tinggi.
Di Malaysia ada pelbagai jenis diet yang sering di amalkan untuk mengawal berat badan. Antara diet yang saya maksudkan ialah :
1. Diet seimbang
- diet ini adalah diet yang terdiri daripada semua kelas makanan.
- contohnya untuk menyusun semula fungsi tubuh badan, membentuk tubuh dan memelihara sel-sel tubuh, seseorang memerlukan protein, mineral, vitamin dan lemak.
- protein, lemak dan karbohidrat befungsi untuk menghasilkan tenaga kepada tubuh badan.
- diet yang baik sebenarnya adalah diet yang menekankan pada perubahan pada jenis makanan yang diambil, jumlah dan kekerapan seseorang itu makan serta program yang diikuti.
- diet ini merujuk kepada tindak balas kimia yang berlaku antara darah dan makanan yang di ambil.
- terdapat percanggahan pendapat mengenai diet ini memandangkan terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu kadar metabolisme, kandungan gula dan insulin dalam badan.
- conohnya ; dua orang berbeza A dan B mempunyai kumpulan darah yang sama, namun kedua-dua mereka ini mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.
- Justeru itu, pemakanan yang sihat tidak semestinya berkait rapat dengan jenis darah seseorang individu, tetapi lebih kepada jenis makanan yang dimakan dan tabiat pemakanan yang sihat yang di amalkan.
- ramai penduduk di Malaysia yang ingin kurus menghentikan pengambilan nasi dalam pemakanan seharian mereka.
- sebenarnya, nasi tidak bersalah dalam mengawal berat badan, sebaliknya portion nasi yang di ambil adalah faktor utama dalam mengawal kalori seseorang.
- menghentikan pengambilan sesuatu nutrisi (nasi) dalam pemakanan bukanlah sesuatu langkah yang bijak dan tidak berkesan untuk jangkamasa panjang memandangkan nasi adalah makanan ruji orang Malaysia.
- diet ini adalah diet rendah karbohidrat dan tinggi protein. Tiada had berapa banyak yang anda boleh makan asalkan anda berpegang pada 4 fasa kaedah perancangan diet.
- fasa 1 : diet protein tanpa lemak yang sangat ketat. Pada fasa ini, mereka disarankan mengambil makanan yang tinggi protein dan pengambilan lemak adalah di haramkan.
- fasa 2 : diet buah-buahan dan sayur-sayuran. Pada fasa ini, mereka dibenarkan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja.
- fasa 3 : pada fasa ini mereka dibenarkan untuk mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat. Pada fasa ini, nasi, roti, mee dan pelbagai makanan berkarbohidrat boleh diambil.
- fasa 4 : pada fasa ini mereka dibenarkan untuk mengambil semua jenis makanan.
- tujuan diet ini dirangka kepada 4 fasa adalah untuk memudahkan pengamal diet untuk menghilangkan berat badan secara beransur-ansur sebanyak 1kg dalam seminggu. Dan diet ini juga menggalakkan penurunan berat badan pada jangka masa yang panjang. Tiada had masa utnuk fasa ke 4, di mana ianya cuma melibatkan pengambilan protein seminggu sekali dan mengamalkan senaman
- diet ini adalah diet rendah karbohidrat dan tinggi protein bagi menurunkan berat badan. Diet ini direka untuk "rapid weight loss" dan ia dilakukan selama 2 minggu bergantung kepada sasaran berat idaman anda.
- sepanjang diet ini akan berada di fasa diet protein, diet lemak dan sangat rendah karbohidrat termasuk daging, makanan laut, telur, keju dan beberapa sayur-sayuran, mentega dan minyak.
- semasa fasa 1 : pengambilan lemak adalah dihadkan dan beberapa jenis sayur-sayuran seperti lada, timun dan salad adalah dibenarkan.
- semasa fasa 2-4 : makanan dengan kandungan karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran diperkenalkan dalam diet dengan tujuan mengekalkan berat badan yang sihat untuk hidup.
- penurunan berat badan adalah secara beransur-ansur dan senaman yang kerap adalah digalakkan.
- pelan diet cambridge berdasarkan kepada membeli dan makan pelbagai jenis produk makanan tambahan dengan janji berat badan anda akan turun dengan cepat.
- pelan diet ini terbahagi kepada rancangan diet yang fleksibel yang bermula dari 415 kalori diet sehinggalah kepada 1500 kalori diet bergantung pada berat idaman anda.
- sup, bubur dan shake degunakan sebagai sumber utama pemakanan atau bersama makanan yang rendah kalori.
- dalam program diet ini anda akan dibei nasihat dan sokongan mengenai pemakanan sihat dan senaman daripada Cambridge.
- diet serat tinggi membantu mengurangkan berat air dan toksin dalam badan. Secara teorinya badan yang bebas toksin akan berfungsi dengan lebih baik.
- diet detox terdiri daripada pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.
- diet ini membolehkan seseorang mengurangkan berat badan dengan cepat. Ini kerana diet ini berfokus kepada penyingkiran air berlebihan dalam badan (lemak air) dan juga penyingkiran toksin yang berlebihan menyebabkan lemak tepu terkumpul sekiranya proses penghadaman anda tidak lancar.
So anda semua sudah tahu serba sedikit tentang diet bukan???
Walau apa pun diet yang anda pilih pastikan pelan diet yang anda pilih membantu diri anda mendapatkan tahap kesihatan yang berpanjangan tanpa kesan sampingan.
Semua orang nak KURUS dan SIHAT namun jalan untuk anda capai impian untuk KURUS dan SIHAT itu perlulah mengikut cara yang betul.
Salah satu cara untuk anda kekal fokus dalam satu pelan diet adalah dengan adanya kumpulan sokongan yang positif serta pelan program menurunkan berat badan yang anda pilih yang dapat membantu anda sepenuhnya.
Program yang paling efektif dan semakin mendapat perhatian ramai adalah Program Now Everyone Can Kurus (NECK).
Kenapa program NECK? Kerana program ini adalah program menurunkan berat badan yang mana pelan dietnya dirancang dan dirangka oleh Coach yang berpengalaman serta Crew yang sangat supportive sepanjang anda menyertai program tersebut. Hasil dari program ini sudah tentu tidak akan menghampakan anda.
Anda boleh lihat testimoni Program ini. Biar gambar yang berbicara tentang kejayaan Program ini.
Bukan mudah untuk KURUS dan SIHAT, namun sangat senang untuk GEMUK. Pilihan ditangan anda.
Jika anda benar-benar serius dan ingin saya bantu anda menurunkan berat badan, sila hubungi atau whatsapp saya di talian 012-7422756 (herneyane).
Saya doakan anda KURUS dan SIHAT serta diberi petunjuk dari Allah untuk menjaga amanah yang diberi dengan baik.
SHAKLEE DISTRIBUTOR
HERNEYANE JASMAN
ID : 1214631
O12-7422756
0 comments:
Post a Comment