Monday, October 31, 2016

assalamualaikum...

'Bukan mudah untuk kurus, tapi sangat mudah untuk gemuk' , ayat ni saya ambil dari coach saya masa saya awal-awal saya involve dengan fitness. Memang macam-macam dugaan yang akan kita hadapi bila kita mula berjuang untuk kuruskan badan dan kekal fit.

Bila bdan kita terlebih berat a.k.a GEMUK risiko untuk menghidap pelbagai penyakit kardiovascular amat tinggi. Begitu juga dengan penyakit osteoarthiritis dan type 2 diabetes, yang sering hinggap pada mereka yang terlebih berat badan. 

So, jom kita KURUSkan badan dan hidup lebih SIHAT!

LEBIH BERTENAGA
  • Amalan yang baik yang di amalkan semasa proses kuruskan badan seperti bersenam dan mengambil makanan yang bernutrisi membantu dalam meningkatkan tenaga anda, jadi anda akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan kehidupan harian anda yang sibuk.
Nak lebih bertenaga dan KURUS boleh amalkan pengambilan
green tea dari Shaklee ini. Ia terbukti berkesan meningkatkan tenaga dalam badan
dan membantu pembakaran kalori dengan lebih baik apabila anda mengamalkannya
bersama dengan senaman dan pemakanan yang sihat.


ANDA AKAN LEBIH TERSENYUM
  • Kajian dari Leiden University Medical Center menyatakan bahawa mereka yang GEMUK lebih cenderung manghidap penyakit depresi berbanding dengan mereka yang KURUS. Mereka yang mempunyai berat badan yang normal dan KURUS akan lebih sihat dan lebih merasa gembira berbanding mereka yang berlebihan berat badan. Jadi jom kita bakar lemak untuk hidup yang lebih gembira!

ANDA AKAN HIDUP LEBIH LAMA
  • Seperti yang kita tahu, ajal dan maut setiap umat manusia di dunai ini ditentukan oleh Tuhan yang maha esa (ALLAH). Namun begitu tidak salah untuk kita berusaha menjaga amanah yang Allah bagi kepada kita untuk hidup lebih gembira dan sihat. Kegemukan adalah salah satu punca yang boleh menyebabkan kitaran hidup kita lebih pendek sama seperti mereka yang menghisap rokok.
  • Kita tahu apabila berat badan kita melebihi had normal, pelbagai komplikasi akan berlaku pada badan kita. Dari itu cuba tanya diri anda kenapa pilih untuk GEMUK? Kenapa pilih untuk hidup TIDAK SIHAT? setiap manusia diberi pilihan oleh Allah dalam menjalani kehidupan mereka. Hidup untuk lebih gembira atau hidup merana kerana mengabaikan satu-satunya peluang yang Allah bagi kepada kita iaitu Kesihatan kita. Sekiranya kita sihat maka lebih banyak amalan baik yang boleh kita lakukan berbanding di waktu kita sakit... Renung-renungkan ye!


ANDA AKAN TIDUR DENGAN LEBIH BAIK
  • Tidur adalah nikmat istirehat yang Allah anugerahkan kepada kita setelah kita penat bekerja. Satu Kajian daripada John Hopkins menunjukkan bahawa pengurangan lemak di sekitar kawasan perut dapat membantu dalam mengurangkan tidur yang tidak nyenyak di waktu malam. Maka sekiranya anda berusaha untuk mengurangkan lemak di badan anda sebenarnya anda membantu diri anda mencapai tidur yang lebih baik. Pengurangan berat badan membantu anda dalam memperbaiki dengkuran semasa tidur dan tidur yang tidak nyenyak.
Anda mengalami masalah sukar untuk tidur pada waktu malam?
Atau anda sering tidur lewat dan keesokkannya anda rasa lesu kerana tidak cukup tidur?
boleh amalkan 3 produk Shaklee seperti di atas dan masalah anda akan dapat diselesaikan



Tak tahu cara diet yang betul?
Tiada masa berjogging atau ke gym?
Dah bertahun diet tapi berat badan tak berubah?

Kami ada penyelesaiannya. Izinkan Program Now Everyone Can Kurus (NECK) membantu anda.
  • kurus hanya dari rumah
  • pemantauan online 24 jam sehari selama 60 hari oleh mentor, coach dan 15 orang crew berpengalaman.
  • nasihat pemakanan dan nutrisi
  • latihan senaman
  • Community Support
  • Secret INFO Channel
  • Knowledgebased (ebook, artikel, video)
  • 30 menu makanan lulus diet NECK
Formula mudah dan berkesan TELAH TERBUKTI membantu peserta turun berat badan sehingga 6kg dalam 2 minggu. Dan kini NECK telah masuk tahun ke 2 dengan penyertaan konsisten setiap bulan.

**hasil adalah berbeza untuk setiap individu bergantung pada masalah kesihatan, komitmen, komited dan kesungguhan peserta.

Sekiranya anda ingin dibantu hubungi kami dengan kadar segera :
Whatsapp / Telegram 012-7422756 (herneyane)
FAST ACTION FAST RESULT!




Saturday, October 29, 2016

Assalamualaikum,

Pemakanan sihat adalah salah satu penyumbang dalam peningkatkan berat badan. Seperti entri saya sebelum ini tentang diet, diet sememangnya berkait rapat dengan cara pemakanan yang kita amalkan untuk SIHAT dan bonusnya KURUS.

Kita tahu lemak adalah sumber pemakanan yang tidak sihat, namun kita sering terbabas dalam mengawal pengambilan lemak. Walaubagimanapun, mengawal pengambilan lemak adalah satu perjuangan yang konsisten dan dalam jangka masa panjang ianya akan menunjukkan hasil.




Q : Bagaimana cara untuk mengawal pemakanan berlemak??

1. Pilihlah pasta



  • pasta mengandungi kandungan lemak yang rendah dan penuh dengan karbohidrat yang mengalakkan peningkatan tenaga dalam badan, sehinggalah kita mencampurkan pasta tersebut dengan kuah sosnya yang berlemak.
  • satu hidangan pasta beserta kuah sos tomata menyumbang sebanyak 500 kalori dengan kandungan lemak yang sedikit. Namun, jika pasta tersebut di hidangkan bersama sos yang berkrim seperti sos carbonara, maka jumlah kalori akan bertambah kepada 1200 kalori dan semua kalori yang berlebihan itu datangnya dari lemak sos tersebut.
  • So, atur pemakanan anda dengan bijak. Jika makan di luar, minta pelayan mengasingkan kuah sos pasta di dalam mangkuk yang berasingan, jadi anda boleh mengawal berapa banyak sos yang ingin anda tambah bersama pasta.
2. Tahu tentang susu anda



  • susu adalah sumber penting kalsium bagi pembinaan tulang tetapi kandungan lemak dalam susu penuh krim mempunyai 22g lemak bagi setiap dua cawan susu. 
  • sebagai alternatif, anda boleh bertukar kepada 'skimmed milk' untuk pengambilan kalsium yang tetap. Setiap dua cawan 'skimmed milk' mengandungi 1g lemak.
3. Bijak memilih Snack



  • snack anda menjadi keutamaan dalam diet anda. Pastikan anda membeli biskut dalam paket yang bersaiz kecil atau sekiranya anda sukakan kek pastikan anda membeli kek dalam paket bersaiz kecil semasa anda berbelanja. (sekiranya anda penggemar biskut atau kek)
  • Selalunya biskut paket yang bersaiz besar mengandungi kandungan lemak tinggi yang pelbagai.
  • paling mudah semasa berbelanja pastikan anda memilih snack yang sihat seperti kuaci (tanpa perasa tambahan), buah kering atau 'crunchy nut bars'. Namun begitu snack yang paling baik dan sihat adalah buah-buahan segar dan sayur-sayuran segar. Sebiji apple sehari atau sebiji pisang sehari atau sebatang 'celery' sehari dapat membantu mengurangkan kadar pengambilan lemak seharian dan dapat menjaga kesihatan mulut.
4. Gunakan kaedah 'Stir-Fried'



  • 'Stir-fried' adalah cara yang paling sihat untuk menyediakan hidangan dan memerlukan kandungan lemak yang sangat sedikit.
  • apabila makanan di goreng di atas suhu yang tinggi, ia akan masak dengan lebih cepat dalam wap haba panas ia sendiri. Kaedah ini adalah kaedah terbaik yang boleh diamalkan di rumah di mana apabila kita menyediakan makanan di rumah, jumlah minyak yang digunakan dapat di kawal dan di hadkan.
5. Pilih sapuan yang rendah lemak



  • sapuan roti yang rendah lemak selalunya diperbuat daripada air sebagai gantian kepada minyak yang selalu digunakan dalam majerin - dimana selalunya ia mengandungi kandungan lemak sebanyak 40%.
  • bagi sapuan roti yang sihat dan rendah kalori perlu mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit iaitu sebanyak 20%.
6. Sapu Butter apabila roti bakar sejuk



  • roti bakar pada keadaan panas amat mudah menyerap lemak dari semua jenis sapuan roti. Kita selalunya menggunakan sapuan yang terlalu banyak di atas roti yang di bakar, maka sudah pasti kandungan lemak yang di serap oleh roti juga amat tinggi.
  • bagi mengurangkan kadar penyerapan lemak ke atas roti yang anda bakar, adalah dinasihatkan supaya kita menyapu sapuan butter, jem atau kacang apabila roti bakar telah sejuk. 
7. Pilih daging tanpa lemak



  • pilihlah daging di bahagian punggung atau pinggang haiwan dan pastikan lemak dibuang sebelum anda memasaknya.
  • rebus atau 'grilled' adalah lebih sihat berbanding goreng dan panggang yang memerlukan lebih banyak lemak minyak untuk memastikan ianya masak.
8. Tutup television (tv)



  • pastikan anda tidak menonton tv dalam jangka masa yang panjang semasa lapar.
  • pakar pemakanan menyatakan bahawa apabila kita menonton tv pada jangka masa yang lama akan membuatkan kita bosan, maka kita akan cuba mengatasi rasa bosan tersebut dengan memakan snack yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi pada saiz hidangan yang lebih banyak untuk menghilangkan rasa bosan.
9. Kira budget anda



  • Semasa berbelanja pastikan anda membeli bahan keperluan makanan cukup untuk keperluan seminggu sahaja. Dengan itu, kecenderungan untuk menghabiskan makanan yang dibeli tidak kira sama ada rendah lemak atau lebihan lemak dapat dikawal.
  • Sekiranya kita berbelanja secara berlebihan, kita akan cenderung untuk menghabiskannya dalam masa seminggu. Perlu diingatkan setiap kalori yang masuk ke dalam badan akan ditukarkan kepada lemak!! Itu yang anda semua perlu elakkan.
  • Tetapkan budget perbelanjaan mingguan anda. Beli hanya yang perlu untuk keperluan dalam satu minggu sahaja!
10. Kunyah gula getah



  • Jika anda ketagih untuk memakan makanan ringan dan mengunyah makanan adalah habit sambilan yang anda lakukan sentiasa ketika anda bosan, anda boleh cuba menguyah gula getah yang tidak bergula untuk membantu ketagihan mengunyah makanan yang anda alami.

Kesimpulannya, apa yang anda makan bergantung pada apa yang anda pilih. Cara pemakanan yang sihat bukan mudah untuk capai tanpa ilmu dan panduan yang betul. Jika anda benar-benar serius dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan masih berusaha untuk mengawal berat badan anda..
Anda boleh Whatsapp / Telegram 012-7422756 (herneyane) untuk consultasi percuma..
Saya akan bantu anda dari awal sehingga ke akhirnya dalam membentuk gaya hidup yang sihat serta bonusya KURUS!!







Tuesday, October 25, 2016

assalamualaikum,

hari-hari minum petang,
minum petang makan mee rebus,
ada cerita saya nak bentang,
berkaitan mitos tentang kurus.

Chewah, pantun pulak malam-malam ni.. 
okay dah faham pantun saya?? pastinya anda tahu apa saya nak cerita pada entry saya kali ini kan?


MITOS DALAM MENGURUSKAN BADAN

MITOS 1

Makan sekali atau dua kali sehari dapat menguruskan badan dengan lebih cepat!

Kebenarannya : untuk kurus anda wajib makan 5 kali sehari namun saiz hidangan perlu di kawal. Sekiranya anda makan 2 kali sehari, anda akan meningkatkan nafsu makan anda kepada 2 kali ganda. Perasan tak kalau anda skip sarapan tapi bila waktu lunch anda lapar yang amat lepas tu rasa macam nak makan semua benda?? Semua nampak menyelerakan.. Anda akan makan dengan saiz hidangan yang sangat banyak jika anda sekat makan kepada sekali atau 2 kali sehari. Tabiat menyekat makan adalah tabiat kurang sihat dan akan menyebabkan komplikasi pelbagai penyakit.



MITOS 2

Minum air minuman seperti jus oren atau jus lemon atau jus grapefruit di awal pagi membantu membakar lemak!

Kebenarannya : jus oren, jus lemon atau jus grapefruit hanya berfungsi sebagai air detox iaitu membantu menyingkirkan toksin di dalam badan melalui usus kita. Sekiranya badan kita dan usus kita bebas daripada toksin maka nutrien dan vitamin yang kita ambil seharian lebih mudah di serap dan kita mendapat penyerapan zat di tahap yang optimum disamping ia melawas sistem pencernaan kita.

1. Jus Oren
  • untuk sistem kekebalan dan melindungi daripada anaemia
  • sumber vitamin C dan asid folate dan sangat sesuai untuk wanita hamil
  • kajian menunjukkan bahawa meminum segelas jus oren sehari membantu mencegah radang sendi (arthritis)
2. Jus Lemon
  • meransang dan mengaktifkan sistem penghadaman di awal pagi
  • membekalkan vitamin C
  • melegakan sakit tekak kerana ciri-ciri anti bakteria yang terdapat pada lemon
  • menghalang pembentukan batu karang
  • melawaskan sistem penghadaman di mana ia membantu dalam perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit, serta melegakan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
3. Khasiat grapefruit

  • membantu menguatkan sistem kekebalan badan melawan penyakit
  • kaya dengan vitamin C
  • sejenis oren yang kaya dengan beta karotein (membantu melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas)



MITOS 3

Buah nenas dan buah grapefruit membantu mengempiskan perut!

Kebenarannya : 

1. khasiat grapefruit :
  • membantu menguatkan sistem kekebalan badan melawan penyakit
  • kaya dengan vitamin C
  • sejenis oren yang kaya dengan beta karotein (membantu melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas)
2. Khasiat nenas :
  • membantu dalam pencernaan
  • mengandungi enzim bromelain, yang membantu mencernakan protein
  • ia mengandungi 11mg vitamin C / 100ml jus nenas



MITOS 4

Minum air yang banyak dapat mengurangkan berat badan!

kebenarannya : Ya, benar minum air dapat menurunkan berat badan. Tetapi jumlah air yang kita perlu minum bergantung pada berat badan. Kalau terlebih minum pun ada kesan sampingan juga. So, macam mana cara nak tentukan banyak mana kuantiti air yang perlu kita minum?

25kg = 1 litre air

Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 litre air utk hidrasi sel. Sekiranya berat badan anda 100kg maka anda memerlukan 4 litre air sehari untuk anda minum.

Apa akan berlaku sekiranya anda terlebih minum air?
  1. minum air melebihi jumlah yang diperlukan badan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
  2. buah pinggang akan bekerja lebih masa untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Maka jumlah air yang banyak dalam badan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

CARA YANG TEPAT UNTUK KURUS

Apa cara yang boleh anda buat untuk KURUS dan SIHAT??

  • Berjumpa mereka yang pakar dalam menyelesaikan masalah anda atau libatkan diri anda dalam Program Kurus yang terbukti keberkesanannya.
NECK atau Now Everyone Can Kurus adalah di antara Program KURUSkan badan paling mudah
dan dilakukan hanya dari rumah. Anda pasti teruja dengan hasil dari Program ini.

  • Amalkan cara hidup sihat iaitu sentiasa mencari rakan sihat anda. Cara yang paling mudah adalah melalui senaman. Berkawan dengan mereka yang tahu cara nak menjaga kesihatan dan bonusnya KURUS akan banyak membantu anda dalam menyelesaikan masalah berat badan anda.

Gambar sekadar hiasan
Ini adalah contoh kelas-kelas senaman yang boleh anda join
Saya sendiri menghadirkan diri ke kelas Aerobik di atas untuk KURUS dan SIHAT


  • Amalkan supplement yang membantu dalam menggalakKan proses penurunan berat badan anda. Pastikan supplement yang anda ambil adalah supplement yang telah diluluskan oleh KKM dan tidak memudaratkan kesihatan anda dalam jangka masa yang panjang.



Anda mahu saya bantu anda dalam menyelesaikan berat badan anda? 
Anda nak join Program NECK kami?
Boleh whatsapp / Telegram saya di 012-7422756 (anne)
saya akan bantu anda sehingga anda dapat berat badan yang anda mahukan dalam masa 60hari
Gambar di bawah adalah testimoni program saya dengan menggunakan set slimming Shaklee sebagai perantara dalam mendapat berat badan yang sihat.
Saya doakan anda semua SIHAT dan KURUS!!
BIAR GAMBAR BERBICARA!!







SHAKLEE DISTRIBUTOR
HERNEYANE JASMAN @ ANNE
ID : 1214631
012-7422756

Thursday, October 20, 2016


Assalamualaikum,

Hari ini, saya menghabiskan masa saya bersama pelajar pendidikan khas. Ini bukan yang pertama kali memandangkan saya memang seorang guru pendidikan khas. Cuma bezanya hari ini, saya dapat kumpulkan semua pelajar saya untuk saya 'bebel' tentang cara pemakanan dan cara untuk mengawal berat badan.
Pelajar saya yang telah di diagnose dengan penaykit diabetes disebabkan masalah obesitinya

Untuk makluman anda, pelajar saya seramai 38 orang dan mempunyai tahap masalah pembelajaran yang berbeza. Ada beberapa kategori pelajar OKU ini diantaranya 'slow learner', celebral palsy, down sindrome, autisme dan ADHD. Hanya seorang pelajar 'slow learner' saya yang mengalami masalah obesiti dan telah di diagnose dengan penyakit kencing manis seawal usia 15 tahun. (sila refer gambar di atas)




Dari pemerhatian dan soal selidik saya pada pelajar tersebut, obesiti yang dialaminya disebabkan oleh pola pemakanan yang kurang sihat yang beliau amalkan sejak dari kecil lagi. Oleh kerana beliau tinggal bersama bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori, maka tiada sesiapa yang memantau pola pemakanan beliau dan aktiviti harian beliau yang menyebabkan kesihatan beliau terjejas.

Itu serba sedikit kisah yang berlaku di hadapan mata kita seharian dan kita mengambil langkah tidak mengendahkan dan tidak mahu membantu lansung individu yang berkenaan  ke arah kesihatan yang lebih baik. Namun begitu belum terlambat untuk anda sekiranya anda mengalami masalah yang sama.

Pengurusan berat badan tidak perlu terlalu kompleks. Yang paling penting untuk KURUS dan SIHAT anda perlu mengamalkan corak pemakanan yang teratur dan seimbang di samping meningkatkan aktiviti fizikal anda. 

FAHAMI APA ITU DIET!!



Ada yang mentakrif diet itu sebagai perbuatan dan amalan menahan lapar untuk mendapat penurunan berat badan yang drastik dan mendapat bentuk badan yang diimpikan. Saya dahulu pada mulanya juga berfikiran begitu. Namun setelah mendapat pencerahan dari Program NECK (Now Everyone Can Kurus), persepsi saya mengenai diet berbeza!!!

Q : Apa maksud diet??
  • diet dalam bahasa Yunani bermaksud cara hidup
  • namun maksud diet yang sebenar adalah suatu pilihan makanan, yang dipilih khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk merawat penyakit.
  • sebagai contoh diet untuk mereka yang mempunyai penyakit diabetes berbeza dengan diet mereka yang tidak menghidapi apa-apa penyakit. Mereka yang mengidap penyakit diabetes perlu mengurangkan memakan makanan yang berkanji tinggi dan bergula tinggi.
Di Malaysia ada pelbagai jenis diet yang sering di amalkan untuk mengawal berat badan. Antara diet yang saya maksudkan ialah :

1. Diet seimbang
  • diet ini adalah diet yang terdiri daripada semua kelas makanan.
  • contohnya untuk menyusun semula fungsi tubuh badan, membentuk tubuh dan memelihara sel-sel tubuh, seseorang memerlukan  protein, mineral, vitamin dan lemak.
  • protein, lemak dan karbohidrat befungsi untuk menghasilkan tenaga kepada tubuh badan.
  • diet yang baik sebenarnya adalah diet yang menekankan pada perubahan pada jenis makanan yang diambil, jumlah dan kekerapan seseorang itu makan serta program yang diikuti.
2. Diet mengikut darah
  • diet ini merujuk kepada tindak balas kimia yang berlaku antara darah dan makanan yang di ambil. 
  • terdapat percanggahan pendapat mengenai diet ini memandangkan terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu kadar metabolisme, kandungan gula dan insulin dalam badan.
  • conohnya ; dua orang berbeza A dan B mempunyai kumpulan darah yang sama, namun kedua-dua mereka ini mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.
  • Justeru itu, pemakanan yang sihat tidak semestinya berkait rapat dengan jenis darah seseorang individu, tetapi lebih kepada jenis makanan yang dimakan dan tabiat pemakanan yang sihat yang di amalkan.
3. Diet tidak makan nasi
  • ramai penduduk di Malaysia yang ingin kurus menghentikan pengambilan nasi dalam pemakanan seharian mereka.
  • sebenarnya, nasi tidak bersalah dalam mengawal berat badan, sebaliknya portion nasi yang di ambil adalah faktor utama dalam mengawal kalori seseorang.
  • menghentikan pengambilan sesuatu nutrisi (nasi) dalam pemakanan bukanlah sesuatu langkah yang bijak dan tidak berkesan untuk jangkamasa panjang memandangkan nasi adalah makanan ruji orang Malaysia.
4. Diet Dukan
  • diet ini adalah diet rendah karbohidrat dan tinggi protein. Tiada had berapa banyak yang anda boleh makan asalkan anda berpegang pada 4 fasa kaedah perancangan diet.
  • fasa 1 : diet protein tanpa lemak yang sangat ketat. Pada fasa ini, mereka disarankan mengambil makanan yang tinggi protein dan pengambilan lemak adalah di haramkan.
  • fasa 2 : diet buah-buahan dan sayur-sayuran. Pada fasa ini, mereka dibenarkan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja.
  • fasa 3 : pada fasa ini mereka dibenarkan untuk mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat. Pada fasa ini, nasi, roti, mee dan pelbagai makanan berkarbohidrat boleh diambil.
  • fasa 4 : pada fasa ini mereka dibenarkan untuk mengambil semua jenis makanan.
  • tujuan diet ini dirangka kepada 4 fasa adalah untuk memudahkan pengamal diet untuk menghilangkan berat badan secara beransur-ansur sebanyak 1kg dalam seminggu. Dan diet ini juga menggalakkan penurunan berat badan pada jangka masa yang panjang. Tiada had masa utnuk fasa ke 4, di mana ianya cuma melibatkan pengambilan protein seminggu sekali dan mengamalkan senaman
5. Diet Atkins
  • diet ini adalah diet rendah karbohidrat dan tinggi protein bagi menurunkan berat badan. Diet ini direka untuk "rapid weight loss" dan ia dilakukan selama 2 minggu bergantung kepada sasaran berat idaman anda.
  • sepanjang diet ini akan berada di fasa diet protein, diet lemak dan sangat rendah karbohidrat termasuk daging, makanan laut, telur, keju dan beberapa sayur-sayuran, mentega dan minyak.
  • semasa fasa 1 : pengambilan lemak adalah dihadkan dan beberapa jenis sayur-sayuran seperti lada, timun dan salad adalah dibenarkan.
  • semasa fasa 2-4 : makanan dengan kandungan karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran diperkenalkan dalam diet dengan tujuan mengekalkan berat badan yang sihat untuk hidup.
  • penurunan berat badan adalah secara beransur-ansur dan senaman yang kerap adalah digalakkan.
6. Diet Cambridge
  • pelan diet cambridge berdasarkan kepada membeli dan makan pelbagai jenis produk makanan tambahan dengan janji berat badan anda akan turun dengan cepat.
  • pelan diet ini terbahagi kepada rancangan diet yang fleksibel yang bermula dari 415 kalori diet sehinggalah kepada 1500 kalori diet bergantung pada berat idaman anda.
  • sup, bubur dan shake degunakan sebagai sumber utama pemakanan atau bersama makanan yang rendah kalori.
  • dalam program diet ini anda akan dibei nasihat dan sokongan mengenai pemakanan sihat dan senaman daripada Cambridge.
7. Diet Detox
  • diet serat tinggi membantu mengurangkan berat air dan toksin dalam badan. Secara teorinya badan yang bebas toksin akan berfungsi dengan lebih baik.
  • diet detox terdiri daripada pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.
  • diet ini membolehkan seseorang mengurangkan berat badan dengan cepat. Ini kerana diet ini berfokus kepada penyingkiran air berlebihan dalam badan (lemak air) dan juga penyingkiran toksin yang berlebihan menyebabkan lemak tepu terkumpul sekiranya proses penghadaman anda tidak lancar.


So anda semua sudah tahu serba sedikit tentang diet bukan???
Walau apa pun diet yang anda pilih pastikan pelan diet yang anda pilih membantu  diri anda mendapatkan tahap kesihatan yang berpanjangan tanpa kesan sampingan.

Semua orang nak KURUS dan SIHAT namun jalan untuk anda capai impian untuk KURUS dan SIHAT itu perlulah mengikut cara yang betul.

Salah satu cara untuk anda kekal fokus dalam satu pelan diet adalah dengan adanya kumpulan sokongan yang positif serta pelan program menurunkan berat badan yang anda pilih yang dapat membantu anda sepenuhnya.

Program yang paling efektif dan semakin mendapat perhatian ramai adalah Program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Kenapa program NECK? Kerana program ini adalah program menurunkan berat badan yang mana pelan dietnya dirancang dan dirangka oleh Coach yang berpengalaman serta Crew yang sangat supportive sepanjang anda menyertai program tersebut. Hasil dari program ini sudah tentu tidak akan menghampakan anda.


Anda boleh lihat testimoni Program ini. Biar gambar yang berbicara tentang kejayaan Program ini.
Bukan mudah untuk KURUS dan SIHAT, namun sangat senang untuk GEMUK. Pilihan ditangan anda.

Jika anda benar-benar serius dan ingin saya bantu anda menurunkan berat badan, sila hubungi atau whatsapp  saya di talian 012-7422756 (herneyane).

Saya doakan anda KURUS dan SIHAT serta diberi petunjuk dari Allah untuk menjaga amanah yang diberi dengan baik.

SHAKLEE DISTRIBUTOR
HERNEYANE JASMAN
ID : 1214631
O12-7422756

Tuesday, October 18, 2016


Assalamualaikum..

Ini adalah kisah saya... Testimoni tentang diri saya

Dua tahun yang lepas pada 2014, saya telah di diagnose oleh doktor mengidap penyakit 'anxiety disorder'. Di mana punca bagi penyakit ini adalah pelbagai dan salah satu daripada puncanya adalah tekanan hidup yang melampau sama ada tekanan disebabkan oleh tugasan kerja saya atau pun tekanan daripada kehidupan peribadi saya.

Disebabkan penyakit saya ini, tugasan kerjaya saya banyak tergendala dan saya sering mendapat cuti yang panjang dari doktor kerana kurang mampu melaksanakan tugasan kerjaya saya. Bekerja sebagai seorang guru memang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Guru di zaman moden ini, tidak sama dengan guru di zaman 80an. Bebanan tugas guru lebih kepada kerja pengkeranian yang jauh lebih banyak dari core business kami iaitu mengajar dan mendidik serta membentuk sahsiah, akademik dan rohani anak-anak bangsa kita.

Saya bukan hendak komplen tentang tugasan seorang guru, cuma meluahkan dan menerangkan tentang perihal tugasan dan tanggungjawab guru yang semakin mencabar.

Berbalik kepada kisah saya tadi.. Anxiety disorder yang saya alami itu lebih mudah saya simpulkan terjadi kerana gaya hidup saya yang kurang sihat. Bagaimana yang gaya hidup kurang sihat itu?  haaaa... yang tu yang penting tu.. Saya gemar membawa bebanan tugas kerja di sekolah balik ke rumah dan mencampur adukkan tugasan rumah saya dengan tugasan sekolah saya. Hasilnya saya tidak dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak saya dan juga untuk diri saya.. Yang tu yang paling penting sekali,.. luangkan masa untuk diri sendiri.

Saya kurang meluangkan masa untuk diri sendiri. Tiada waktu bagi saya untuk memanjakan diri apatah lagi untuk saya bersosial bersama rakan-rakan. Dan disebabkan kesibukan saya menjalankan tugasan harian di sekolah dan di rumah banyak tekanan yang saya hadapi akan saya pendam sendiri. Menangis sendiri lah kiranya ni....

Dan apabila saya di diagnose mengidap penyakit anxiety disorder, saya mula mencari maklumat mengenai penyakit saya ini menggunakan Mr. Google.. Dan salah satu cara untuk saya menyembuhkan penyakit saya ini (hasil dapatan saya dari Mr. Google) ialah dengan melibatkan diri saya dengan senaman yang pelbagai bagi mengaktifkan semula hormon endophine saya yang telah lama tidak saya hasilkan. Kerana hanya dengan penghasilan hormon endophine sewaktu kita bersenam dapat mengurangkan sedikit sebanyak stress atau tekanan yang saya hadapi setelah seharian penat bekerja.

Pada awal Ogos 2015, saya mengambil keputusan untuk menangani masalah stress saya yang telah menyebabkan saya mengidap penyakit anxiety disorder itu dengan melibatkan diri dalam kelas senamrobik yang terlatak hanya 2km dari rumah saya.

Gambar saya bersama rakan-rakan kelas senamrobik saya semasa awal Ogos 2015

Pada bulan September 2015, saya telah terbaca mengenai satu program online yang sangat menarik minat saya untuk lebih serius menangani masalah saya dan saya bertekad untuk melakukan tindakan yang drastik iaitu mengikuti program KURUS dan SIHAT yang di anjurkan oleh Program Now Everyone Can Kurus (NECK). Dari program ini saya di ajar pelbagai pengetahuan tentang kesihatan, cara pemakanan yang betul dan gaya hidup sihat yang sepatutnya saya amalkan selama ini.

Dengan berat badan 62kg dan di diagnose dengan penyakit anxiety disorder, saya nekadkan diri untuk terus memperjuangkan ruang untuk diri saya supaya saya sentiasa sihat. Dengan moto SIHAT dan bonusnya KURUS, Program NECK ini adalah satu-satunya program yang memang banyak membantu saya dalam mengatasi masalah kesihatan saya dan bonusnya sudah semestinya KURUS.

Dan pada awal Januari 2016, saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg menjadikan berat badan terkini saya adalah 55kg dalam masa 60hari. Hebat tak Program ni?? Memang saya akan katakan Program NECK ini berjaya mengubah gaya hidup saya dan yang paling penting saya dapat menangani stress dengan lebih baik dan penyakit yang saya hadapi beransur pulih.

transformasi saya dari kiri berat saya 62kg dan gambar yang paling kanan sekali berat saya 55kg


Bukan mudah untuk SIHAT, yang penting usaha kita dalam menentukan mana hala tuju kehidupan yang kita pilih. Saya tidak cakap saya akan sihat selamanya kerana itu adalah kerja Allah, namun saya tetap berusaha menjaga amanah Allah dengan sebaik-baiknya.

Seperti yang saya katakan tadi, NECK adalah program yang bertanggungjawab membuat transformasi yang sangat besar dalam hidup saya. Dan disebabkan bantuan NECK inilah saya cuba membantu lebih ramai orang yang menghadapi masalah yang sama seperti saya untuk di ketengahkan dan dibantu.

Sekiranya anda membaca entry saya ini dan mencari cara untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi mengenai kesihatan anda atau mengenai berat badan anda, boleh lah segera hubungi saya untuk khidmat nasihat di 012-7422756 Herneyane (whatsapp/telegram)

Saya doakan anda semua SIHAT dan bonusnya KURUS, dan semoga segala usaha anda akan menbuahkan hasil. Akhir kata dari saya.....



SHAKLEE DISTRIBUTOR
HERNEYANE JASMAN
ID : 1214631
WHATSAPP / TELEGRAM : 012-7422756


Monday, October 17, 2016





Assalamualaikum...

Hari ini saya nak share perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan. Benda yang selalu mereka yang mahu KURUS dan SIHAT tak tahu nak buat adalah DETOX. Ramai yang tidak tahu dan ada pula yang tahu tapi tidak amalkan langkah detox ini apabila mereka membuat keputusan untuk menurunkan berat badan.

Selalunya orang akan cakap.. "ala... buang air besar tu detox lah tuu...".. 
Ya, betul buang air besar atau buang air kecil adalah di antara cara untuk detox yang paling senang. Tapi pernah anda terfikir kenapa anda buang air hari-hari tapi masih gemuk?? Berat badan makin bertambah tak susut-susut pun walaupun anda kerap buang air besar atau buang air kecil. Ataupun anda buang air besar dua tiga hari sekali namun anda masih juga tidak kurus sekiranya anda masih berpegang pada asbab buang air itu dah kira detox.

Untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai DETOX dan cara yang betul untuk anda dapat KURUS dan SIHAT dengan detox ini, kat bawah ni ada beberapa persoalan tetang detox yang saya kemukakan dan tips-tips sihat untuk anda amalkan supaya anda boleh KURUS dan SIHAT hanya dengan mengamalkan detox dalam kehidupan harian anda.


Q : Apa itu DETOX?
  • Detox adalah proses penyingkiran bahan terbuang yang berupa toxin dan bahan kimia terdeposit ke dalam badan kita melalui pemakanan yang boleh menggangu sistem kesihatan badan anda. Toxin dan bahan kimia tersebut jika tidak dibuang melalui sistem perkumuhan akan menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit seperti sembelit, kanser colone, kanser usus dan sebagainya.

Q : Apa Kepentingan DETOX?
  • menyahkan radikal bebas dalam badan supaya sistem immunity badan dapat ditingkatkan dan seterusmya badan akan menjadi lebih kuat dan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser
  • detox juga dapat membersihkan sistem aliran darah kita supaya ia dapat mengalir dengan lebih lancar tanpa gangguan dari sisa toksin dan bahan kimia.
  • dapat mengatasi masalah tidur, keletihan yang kronik dan masalah kurang fokus dalam melakukan tugasan harian.

Q : Macam mana nak tahu anda perlukan DETOX?


  • Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di atas ini maka anda disarankan untuk menjalankan proses DETOX terhadap tubuh badan anda. Di antara salah satu tanda anda perlukan DETOX adalah apabila anda telah cuba pelbagai cara untuk KURUS namun berat badan anda berada di paras statik (tidak turun berat lansung) atau berlakunya peningkatan berat badan. Semakin anda diet, semakin sukar untuk anda menurunkan berat badan sekiranya anda tidak melakukan proses detoxifikasi.


Q : Bagaimana cara yang boleh anda lakukan untuk DETOX?

  • Cara yang pertama, secara semula jadi yang boleh anda amalkan seharian. Contohnya :



anda boleh amalkan resepi detox ini setiap pagi masa perut kosong sebelum 
anda mengambil sebarang bentuk makanan dan supplement
  • Cara kedua melalui bantuan supplement tambahan bagi mendapat kesan yang sangat luar biasa sekiranya anda amalkan secara konsisten dan anda boleh amalkannya bersama dengan cara  pertama yang saya sarankan kepada anda. 


  • alfafa complex : (detox darah) membersihkan darah dan menyingkirkan toksik, lemak, kolesterol dan asid urik yang mengotorkan darah.
  • herblax : (detox usus) membersihkan toksin yang terdapat di saluran usus, mengeluarkan gas kotor dari usus, melawaskan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • dtx complex : (detox hati) menyingkirkan parasit dan toksik dibahagian hati dan membantu meningkatkan kesihatan hati.
  • peppermint ginger plus : (detox angin) menyingkirkan angin berlebihan dari badan
  • vivix : (detox sel) menyingkirkan AGE protein yang boleh mengakibatkan diabetes dan penuaan pra matang pada sel. Meningkatkan funsi sel dan membaiki sel-sel yang telah rosak seterusnya memberi tenaga kepada sel-sel badan.

Q : Bila masa yang sesuai untuk kita memulakan DETOX?



  • anda boleh rancang waktu detox anda dan seelok-eloknya mula melakukan detox pada setiap hujung minggu anda. Kesan detox adalah berbeza bagi setiap individu dan seelok-eloknya anda melakukan detox semasa anda menghabiskan banyak masa di rumah supaya anda dapat mengawal 'bowel movement' anda dengan sempurna.
  • rancang waktu rehat anda supaya proses detox tersebut dapat berlaku dengan mudah dan lancar.
  • lakukan aktiviti sihat seperti yoga, aerobik, jogging dan lain-lain senaman yang dapat membantu melancarkan peredaran darah dan sistem pernafasan anda kerana peredaran yang baik dapat melancarkan proses detoksifokasi yang baik.

TIPS UNTUK DETOX YANG SEMPURA 




PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana proses detox ini membantu anda untuk KURUS dan SIHAT, dan aktiviti serta proses yang boleh mengalakkan proses detox berlaku dengan lancar, anda digalalakkan untuk menyertai Program Now Everyone Can Kurus (NECK). Porgram ini akan membantu anda langkah demi langkah bermula dari proses detoxifikasi sehinggalah jadual pemakanan serta supplement yang betul yang dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan. Bukan mudah untuk KURUS dan SIHAT dan cukup senang untuk GEMUK dan TIDAK SIHAT. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya. Details saya adalah seperti yang terTera di bawah. 

Saya doakan anda KURUS dan bonusnya SIHAT!


shaklee distributor

HERNEYANE JASMAN
ID : 1214631
WHATSAPP / TELEGRAM : 012-7422756


TIPS KURUS SETELAH BERSALIN

Assalamualaikum para pembaca,

Hari ini saya nak share sikit tentang masalah yang sering dihadapi oleh perempuan yang baru melahirkan anak iaitu peningkatan berat badan yang mendadak. Seperti yang kita semua sedia maklum, ibu-ibu yang melahirkan anak akan mengalami situasi kerap lapar. Sepanjang proses menyusukan anak, nafsu makan kita akan meluap-luap terutamanya setiap kali selepas menyusukan anak. 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang sudah mempunyai empat orang cahaya mata, nafsu makan sepanjang proses penyusuan adalah sangat tinggi. Kalau boleh, setiap kali selepas menyusukan mulut ini tidak akan lepas dari menguyah makanan kerana lapar yang teramat sangat. Dan saya akan kerap makan di waktu malam sama ada makan makan berat seperti nasi atau pun minum air milo bercecahkan roti atau biskut bagi mengalas perut saya yang lapar pada waktu malam.

Tapi percaya atau tidak, berat badan saya boleh dikatakan statik pada berat 58kg sepanjang saya menyusukan anak saya dan tidak pernah naik lebih dari berat tersebut. Makan banyak, tapi tetap maintain berat dan tidak mencecah kepada berat badan saya pada tahun 2014 iaitu sebanyak 62kg. Persoalannya kenapa saya berjaya menjaga berat badan saya pada berat badan yang normal??

PEMBAKARAN LEMAK BERLAKU SEMASA MENYUSU

Untuk pengetahuan semua, proses penghasilan susu sebenarnya memerlukan tenaga. Sepanjang proses penyusuan, ibu akan membakar lebih kurang 500 kalori tenaga. Oleh kerana berlakunya pembakaran lemak maka si ibu akan sentiasa  kerap berasa lapar.


Kalau sehari beberapa kali kita menyusukan anak kita, cuba anda bayangkan berapa banyak tenaga yang telah kita bakar? Haaaa.. yang ini kita boleh kira sendiri kan. Anda boleh kira dengan cara mengepam susu.

1oz susu ibu yang dihasilkan memerlukan 20 kalori. Jadi jika anda mengepam 20oz sehari bermakna 400 kalori yang diperlukan untuk menyusu bayi anda.

1oz = 20 kalori

Makanya semakin banyak susu yang terhasil, semakin banyaklah kalori yang akan anda gunakan. Anggaplah anda mengepam sebanyak 25oz sehari, maka kalori yang anda bakar adalah bersamaan dengan anda melakukan senaman berlari sejauh 8km setiap hari. Disebabkan itulah anda akan kerap berasa lapar setiap kali selepas menyusu.

Kenyataan dari Dr Zubaidi mengenai kondisi wanita yang menyusukan anak


Selalunya ibu yang baru melahirkan akan kerap meyusukan bayi mereka purata dalam 8-12 kali sehari. Sebagai contoh diri saya, berat sebelum hamil adalah 55kg dan berat sebelum saya bersalin adalah 68kg. Selepas bersalin dan dalam pantang berat saya akan kurang secara perlahan-lahan sebanyak 7kg dan akan menurun secara perlahan-lahan sehingga berat akhir saya selepas pantang akan menurun kepada 58kg. Dan berat badan saya akan turun beransur-ansur kepada 55kg sepanjang saya menyusukan anak saya.

Best kan? Hanya dengan menyusu kita dapat menurunkan berat badan. Tak perlu nak pergi kelas aerobik atau ke gym untuk menurunkan berat badan. Sebab itu, kebanyakan ibu akan kembali ke bentuk badan yang asal selepas beberapa bulan melahirkan anak. Tapi ada juga yang tidak berjaya disebabkan faktor hormon, pemakanan dan stress.

Kajian menunjukkan ibu yang menyusukan bayi memerlukan extra 500 kalori setiap hari berbanding orang biasa. Sekiranya orang biasa memerlukan 2000 kalori sehari, maka ibu yang menyusu memerlukan 2500 kalori lebih banyak dari orang biasa yang tidak menyusukan bayi.

Sebab tu bagi saya, tempoh penyusuan adalah tempoh dimana saya berpeluang untuk makan apa sahaja. Badan saya akan tetap maintain sepanjang saya menyusukan anak saya. Itulah nikmat yang Allah bagi pada wanita yang menyusukan sepenuhnya dengan susu badan. Tak perlu pikir pasal diet, makan apa sahaja dan badan akan tetap maintain.

CARA UNTUK FOKUS BANYAKKAN SUSU

Saya rasa ramai yang faham apa yang saya cuba sampaikan. Ya, susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak kita dan sekaligus ianya memberi manfaat kepada kita juga.

Jadi bagi ibu yang baru lepas bersalin, kalau nak cepat kurus susukanlah anak anda dengan susu badan dan bukannya susu formula. Ibu yang sedang menyusukan memang tidak digalakkan untuk mengamalkan apa-apa diet untuk menurunkan berat badan dalam tempoh 2 bulan yang pertama selepas bersalin.

Diet yang tidak seimbang akan mengakibatkan penghasilan susu ibu terjejas dan menyebabkan anda merasa kurang bertenaga dan cepat letih.

Dua bulan pertama selepas bersalin adalah proses PENYEMBUHAN dan MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU BADAN, dan bukannya fokus untuk diet dan menguruskan badan. Sebenarnya proses penyusuan bayi itu sendiri akan menyumbang kepada penurunan berat badan secara semulajadi. Dan ibu yang menyusu akan TERPAKSA KURUS!

Macam mana nak banyakkan susu badan? Senang sahaja, hanya perlu consume Set Menyusu Shaklee. Set menyusu Shaklee ni saya gelar On The Go Set.. Kenapa saya gelar begitu? Kerana Set ini adalah satu set yang lengkap di mana penyediaannya tidak remeh dan amat mudah bagi ibu yang dalam pantang.



Saya sendiri mendapat nutrisi lengkap dengan set menyusu. Sebelum saya berjinak-jinak mencuba set Shaklee saya pernah mengamalkan pelbagai set dalam pantang yang ditawarkan di luar sana. Dan saya juga adalah penggemar jamu tegar sepanjang saya berpantang.

Dan degan Set Menyusu Shaklee ini, saya masih boleh mengamalkan amalan traditional orang melayu seperti jamu dan manjakani tanpa kesan sampingan cuma aturan pemakananya perlu saya adjust sedikit supaya pemakanan jamu tersebut tidak menjejaskan nutrisi yang akan saya terima dari Set Menyusu Shaklee tersebut.

Tapi, ibu-ibu perlu beringat, selama proses menyusu anda boleh makan apa sahaja. Bila bercerai susu, cara pemakanan kita perlu berubah. Kita sudah masuk ke kategori orang biasa dan tiada kalori tambahan yang diperlukan.

Saya sendiri mengalami situasi peningkatan berat badan mendadak selepas bercerai susu dengan anak ke 4 saya. Berat badan saya naik mendadak sebanyak 7kg menjadikan berat badan saya statik pada 62kg bermula dari tahun 2012 sehinggalah tahun 2014. Sehingga saya di diagnose dengan penyakit anxiety disorder (anda boleh baca kisah saya di blog post saya sebelum ini.) Dan saya terpaksa join Now Everyone Can Kurus (NECK) untuk mengatasi masalah berat badan saya dan penyakit yang saya hadapi disebabkan berat badan saya yang tidak normal serta gaya hidup saya yang kurang sihat.

APA DIA SET MENYUSU SHAKLEE??

Set menyusu shaklee sangat sesuai untuk ibu yang ingin membanyakkan penghasilan susu badan dan masa yang sama membantu ibu menurunkan berat badan semasa proses penyusuan berlaku. Dan ianya perlulah diamalkan secara konsisten.

Ada yang tanya, boleh ke kalau makan jamu lepas tu nak makan sekali set meyusu?? Jawapannya boleh, cuma perlu dijarakkan masa pengambilan ubat traditional dengan supplment Shaklee ini. Jom kita jengah Set On The Go Shaklee untuk ibu-ibu yang ingin membanyakkan susu badan dan bonusnya KURUS secara semulajadi.





APA DIA SET KURUS SHAKLEE??

Set ini adalah set yang sangat sesuai bagi ibu yang telah bercerai susu badan dengan anak mereka. Ada ibu yang akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak selepas bercerai susu badan. Namun ada juga di antara mereka yang tidak mengalamai apa kenaikan berat badan lansung (yang ini kategori special case ye). 

Saya jatuh dalam kategori yg bukan special case, maka selepas putus susu dengan anak saya, set kurus shaklee adalah set yang pertama saya cari untuk saya kurangkan lebihan berat badan yang naik mencanak-canak selepas berhenti menyusukan anak saya.

Untuk kesan yang maksima, ibu yang ingin KURUS dan SIHAT hasil dari pengambilan set kurus shaklee ini boleh menyertai Program Now Everyone Can Kurus (NECK) yang banyak membantu saya menurunkan berat badan saya. Jom kita jengah Set Kurus Shaklee bagi mereka yang ingin terus mendapat berat badan ideal secara SIHAT.




shaklee distributor
HERNEYANE JASMAN
ID : 1214631
WHATSAPP / TELEGRAM : 012-7422756

Pages

about me

about me
herneyane (shaklee distributor). Powered by Blogger.

Popular Posts