Saturday, October 15, 2016


Dua tahun lepas iaitu pada tahun 2014, saya mengalami masalah berat badan yang sangat teruk dan menyebabkan beberapa penyakit sampingan seperti anxiety disorder dan kemurungan berterusan. Disebabkan penyakit saya ini, keluarga serta anak-anak saya mengalami tempias kesan daripada penyakit saya ini. 

Saya kelihatan tidak bertenaga untuk menguruskan keluarga dan sentiasa merasa lemah dan mudah penat disebabkan oleh penyakit saya ini. 

Saya kerap mengalami emosi yang kurang stabil dan sentiasa menyendiri dan menangis sendiri serta menyangka bahawa saya akan mati pada esok hari. Saya dicadangkan oleh doktor untuk dirujuk ke pakar psikiatrik kerana keadaan saya yang amat membimbangkan itu.



Gambar di atas adalah saya pada tahun 2014 dengan berat badan 62 kg pada masa ini. Ini adalah saya sebelum saya mengambil keputusan untuk menyertai Program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Macam mana saya boleh terjerbak dengan Program ini?? Sama seperti anda saya cuba mencari penyelesaian bagi masalah saya dari pelbagai segi memandangkan suami saya tidak mahu saya dirujuk ke pakar psikiatrik.

Alhamdulillah, dengan bantuan Allah saya terjumpa di facebook mengenai NECK dan saya terus berhubung dengan mereka yang bertanggungjawab dalam program NECK untuk kurus dan sihat.

Untuk makluman anda, penyakit yang saya alami iaitu anxiety disorder mempunyai beberapa simptom :
1. muncul rasa panik, takut, dan gelisah secara berterusan atau silih berganti
2. gangguan tidur atau insomnia
3. perasaan cemas disertai dengan keluarnya peluh sejuk pada tangan atau kaki
4. gangguan pernafasan atau sesak nafas dan terketar-ketar
5. peningkatan denyut jantung
6. ketidakmampuan untuk mengawal tingkah laku seperti tidak mampu untuk tenang dan diam
7. kebas pada tangan atau kaki
8. kekejangan otot
9. sakit kepala
10. loya dan muntah

Akibat dari penyakit yang saya hadapi, saya terpaksa mencari inisiatif untuk mengatasi masalah saya ini. Saya mula mengambil keputusan untuk mencari alternatif yang sihat dan tidak melibatkan ubat-ubatan doktor. Dan NECK adalah program yang betul-betul membantu saya menjalani cara hidup sihat dan bonusnya kurus.

Saya mula mendaftar sebagai ahli NECK pada 1 Oktober 2015 dan mula berusaha menurunkan berat badan bagi mengatasi masalah saya itu.

Sepanjang Program NECK yang saya ikuti ini, saya ditunjukkan gaya hidup sihat yang betul dan cara pemakanan yang betul dalam cubaan saya mengatasi masalah saya ini. Saya di ajar oleh Coach yang bertauliah serta crew yang banyak memberi support dan menjawab soalan saya yang berkaitan dengan situasi saya.

Alhamdulillah melalui program ini, bukan sahaja saya dapat menguruskan badan dan menjalani gaya hidup sihat, saya juga berjaya mengatasi penyakit anxiety disorder yang telah saya alami selama dua tahun.


Gambar ini diambil pada 30 Disember 2015, selepas dua bulan saya menyertai Program ini. Saya berjaya mengatasi masalah berat badan saya serta masalah axiety disorder saya apabila menjalani gaya hidup yang disarankan oleh Coach dan Crew dalam team ini.

Testimoni saya sebagai peserta NECK ini banyak membantu beberapa peserta lain yang mempunyai masalah yang sama seperti saya.

Ya, bukan mudah hendak mencari penyelesaian dalam setiap masalah yang kita hadapi tetapi kita perlu berusaha dan tidak putus asa dalam setiap keputusan dan langkah yang kita ambil, Jangan biarkan masalah kita menganggu kehidupan seharian kita dan membiarkan masalah tersebut membelenggu kehidupan kita.

Cari alternatif yang sepatutnya dan berusaha kearah itu di samping bertawakal kepada Allah dalam setiap langkah yang kita ambil.

Bagi anda yang membaca blog saya ini dan ingin saya membantu anda dalam mengatasi masalah anda tidak kira yang melibatkan pelbagai penyakit atau pun anda yang ingin kurus dan sihat seperti saya boleh hubungi saya di Whatsapp atau Telegram 012-7422756 (ANNE).

Insha Allah saya akan cuba bantu anda menjalani cara hidup yang sihat dan bonusnya kurus.

Saya doakan anda semua diberi kekuatan dari Allah mencari penyelesaian bagi setiap masalah sebagaimana Allah memberi kekuatan pada saya dalam mencari penyelesaian kepada penyakit saya. Saya doakan anda semua Kurus dan bonusnya sihat.


0 comments:

Post a Comment

Pages

about me

about me
herneyane (shaklee distributor). Powered by Blogger.

Popular Posts